Followers

Sunday, June 19, 2011

Duit Diconteng Yang Tak Laku

Duit di atas merupakan duit yang saya terima dari sebuah stesen minyak berdekatan dengan rumah saya. Sepanjang ingatan saya, hari & tarikhnya ialah Ahad, 12 Jun 2011. Tujuan aku memuat naik gamba ini bukan disebabkan rasa cemburu atau jeles, tapi disebabkan satu rasa ingin berkongsi dengan anda apa yang telah berlaku sebaik saya cuba menggunakan semula duit ini.

Seperti duit2 yg lain, biasanya duit dengan nilai RM1 sememangnya ada dalam dompet aku, sebenarnya aku dah perasan masa pekerja pam tu kasi aku duit balance tapi ntah kenapa aku amek ringan plak dan menyimpannya dengan kemas di dalam dompet.

Pada satu masa dan ketika, aku cuba menggunakan semula duit ini di sebuah stesen minyak yg lain, iaitu dekat Changkat Larah, Taiping. Seperti yang dah diagak, abang tu dengan pantas membelek duit itu dan bertanya, “dik ada duit lain tak? Duit ni kalau bg bank pun depa tak mau~”. Aku tak cakap pe pown, sebab dah agak dah mesti tak mau, lalu dengan mulut yg diam aku bg duit lain sambil mengambil balik duit tadi.

Ya itu la yang nak dikhabarkan, benda ni takdak la besar mana, hanyalah sebuah kisah duit yang diconteng yang kemudiannya tak laku lagi. Jadi kepada anda yang mungkin belum kena, beringatlah, sentiasalah belek duit baki anda setiap kali membuat urus niaga dan mengucapkan terima kasih selepas itu~ =D

P/S : Kalau duit RM1 takpa jugak, kalau RM100???, pikiaQ la sendiri hehehe (“,)

Friday, June 17, 2011

Sebuah Blog Baru (",)

Laman ke dua saya dalam pembinaan serta masih memerlukan beberapa pembaikan, namun setakat ni fasa 1 telah pun siap. Dijemput follow keyh.

Adapun laman ke dua diberi nama Whitemelor (sila klik) ni lebih menjurus kepada paparan karya2 perkahwinan mahupun pertunangan yang pernah diamek gamba oleh saya. Almaklum la tak sempat2 cek nak upload semua, jadi boleh la menjadi rujukan kepada anda ataupun bakal2 pengantin di luar sana mana la tau satu hari nak wedding photo service saya, harga sedia dirunding punye~ ehehehe (“,).

Kenapa whitemelor? Ahaaa sebab melor ni bunga yang puitis bagi saya, kalau tak takkan la ada lagu Bunga Melor, nak nak Datuk Siti Nurhaliza plak yg nyanyi kan~

Ok la, kang aku termembebel plak, sukecite dijemput ke Whitemelor ye! =)

Sunday, June 12, 2011

Menang Competition!!!

Alhamdulillah, masih ingat best wedding photo competiton yg pernah saya masok dlu?? Jika ya saya hendak berkongsi kisah kemenangan di entri ini, hahaha jangan maraa aaaa =’P

Well, sebenarnya aku telah mengalami kadar giveup yg boleh la tahan bile asek2 member kata tak leh nak vote iaitu masalah something wrong yg tak sudah2 disebabkan oleh facebook tu. Jadi bersempena dengan masalah tersebut, aku berserah sajalah dengan vote yg telah terkumpul serta mengharapkan ramai voters lain terus membuat undian, manalah tau ada keajaiban.

Selang beberapa minit aku melayari laman fb semalam tiba2 terlihatlah olehku KEPUTUSAN PERTANDINGAN tersebut, lalu dengan pantas aku mengkliknya daaaaaaaaaaaaaaannnnn nama saya tersenarai! No.3! dengan 159 undian! Ehehehe (“,)

Dengan kemenangan tersebut, makanya aku telah membawa pulang *sebenarnya diorang pos* sebuah syiling Dirham Kelantan di mana aku pun tak pernah tengok secara realiti lagi.

Baiklah di sebalik kemenangan itu, sukecite terima kaseh diucapkan pada semua pengundi yang berdaftar serta menekan LIKE tempoh hari, tak kire la korang dapat like ke tak yang penting ada cubaan untuk like kan~ ahahaha =’D

Nampak tak gamba no. 3 tu? yg tu la gamba saya~ ehehehe (",)
trima kaseh gak pada pasangan bertuah merangkap kazen saya sendiri puan azean & suaminya wan yg dah ada sorang cahaya mata sekarang~!
secara besar punye gamba ehehehe
Dirham kemenangan =)

Saturday, June 11, 2011

Ibu Saudara Dari Indonesia =')

Hal ehwal ni aku tau sejak dari tahun lepas, iaitu semasa makan nasi bersama keluarga. Sambil bersembang ringan, tiba2 ayah kata ada kakak beliau dari Indonesia pernah datang Malaysia suatu ketika dulu. Hajah Rohani namanya, dari Banjarmasin. Mak Long (mungkin) adalah saudara sebapa dengan ayah.

Aku katakan mungkin sebab tak pernah jumpa dengan Puan Hajah Rohani, iaitu kakak ayah aku, kalaulah pangkatnya sulung, mesti la Mak Long aku kan =’(

Itu la yg cuba diceritakan, yang pernah jumpa cuma abg sulung aku, itupun masa kecik, dah tak ingat dah muka camna. Mak Long datang masa tu sebab katanya dekat Banjarmasin takda orang nak uruskan harta Atok. Ayah ngan Pak Su merupakan pewaris la kalau camtu, cumanya arwah tokwan aku kawin ngan arwah nenek aku kat sini, kat Malaysia.

Kalaulah Mak Long masih ada di Indonesia, hajat hati nak sangat berjumpa, ya lah dah Mak Sedara kan. Ntah camna sekarang. Salasilah keluarga aku sebenarnya memang kaum Melayu Banjar ni dari Indonesia, cumanya, aku ni dah generasi ke berapa aku pun tak tau. Ada lagi orang tua kampung ni bleh la ceritakan bagaimana orang dlu datang ke sini naik sampan je~ teroka kampung – tinggal di sini – kawin wanita tempatan = hidup aman & makmur =’)

Sebab tu la dalam beberapa kondisi, aku bukannya senang sangat melihat beberapa perbalahan antara dua negara yg disebut di atas, sebab kalau dikaji2 tengok skali darah daging dari sana jugak, takpun yang di sini pegi sana, kita kan serumpun, kan lebih molek kalau bersatu =’)

Menyentuh bab di sana, suatu masa tringin jugak aku nak ke Riau melihat serta mendengar sendiri Bahasa Melayu yang dituturkan di sana, sama ke tak ngan kat sini. Mesti best kan~ =’)

Saturday, June 4, 2011

Game Zaman Kanak2~ ='P

Ntah camne tiba2 tanganku terclick sebuah icon lama di dalam my game laptop. Rupa2nya icon game MARIO~.

Saya mendapat game ini dari saudara Hasrunnaim Hassan, beliau selalu bertandang ke bilik saya bagi menghabiskan stok makanan di masa belajar dlu. Mengenangkan beliau, ntah apakah khabarnya~ ='P

Sebenarnya game ni zaman aku kanak2 punye time punye mainan. Memang lama gila tak pernah bermain di arena MARIO nie. Walaupun ianya tahap kanak2 punye game, skali da main layan la pulok~ haha.

Ha ni die punye layout bile saje anda enter game serta memilih language game tersebut.

Then sile pilih world mane korang ske, setakat ni aku terpaksa gibap di world 6 memandangkan game ni tak berapa telus nak bg pass aku. Di level inilah aku terpaksa berhenti setelah sekian lama tidak bermain lagi ='(

Baiklah, sebenarnya kalau di world2 tersebut agak mengjengkelkan skit korang main sebab die ade limit masa la plak makanya kalau terer mempertahankan nyawa sehingga beberapa nyawa skali pun, korang akan tetap dikiyokkan~.

Inilah die 1 lagi world di dalam game tersebut yang tidak mempunyai limit masa. Selain tiada kongkongan, pelakon2 jahatnye juge bukan orang yang sama. Jadinya ia macam ala2 berada di game yg lain plak. Setelah sekian lama bertarung serta tembak-menembak, di final level kalian akan dipertemukan semula di sebuah rumah yang ada semua penjahat ni.

Agak kelakar sebenarnya sebab bila dah sampai ke hujung, depa langsung tak amek tau pasai hang. Hang nak join depa men game pun takpa~ well itu saja pasai game, ntah kenape aku terentri aku pun tak tau~ adios~~ ='D

Saturday, May 28, 2011

Bersara Wajib

Selalu aku dengaQ word ni kat paper maupun tv, tak sangka skang STAFF aku plak yang kene BERSARA WAJIB!

Alkisahnya aku ada beberapa staff yang keje ngan aku. Dedikasi mereka memang aku puji. Semuanya sangat komited, service yang bagus! Sampai tahap aku TAK LOKEK naikkan gaji 3.5 % setahun kat depa la kiranya~ tu tak masuk bonus 5 bulan tiap kali tahun baru.

Tahun ni plak tengok prestasi syarikat camne, kalo memberangsangkan aku naikkan lagi. Tapi sayang, ada plak sorang staff aku ni terpaksa berhenti. Kalau bleh aku TAK NAK lepaskan dia. Bukan sikit pengalaman dia. Ingat senang ke nak cari replacement yg punya experience trutama dalam hal memajukan kampeni, susah dow~~

Ikutkan kontrak, die memang patutnya berhenti tapi dek kerana sayangkan kerjaya dia still degil dan terus berusaha mencurah keringat walaupun MASALAH KESIHATAN kurang mengizinkan. Demi kebaikan dia sendiri, aku terpaksa keluarkan surat bersara untuk dia dan 26 APRIL 2011 menjadi TARIKH RASMI persaraannya.

Sebagai bekas majikan yang sangat mengenali budaya kerja beliau, saya ucapkan selamat bersara buat anda. Disebabkan tiada pengganti, saya membuka seluas-luasnya ruang buat anda yang berkelayakan untuk menggantikan tempat beliau. Sila antar resume + copy sijil korang hantar ke alamat di bawah ;

Bahagian Pengambilan Pekerja (Bukan Nama Sebenar)
Aku Saja Wat Cerita Sdn. Bhd.
P.O. Box 98282377
Negeri Bawah Air
Mungkin Di Malaysia

Dan buat staff saya tu, jujur dari hati jasa anda amat besar, andalah yang banyak membantu terutama bab2 print assignment last minute! CANON PIXMA IP1000, I love u very much! =’P

ehehe jangan maraa aaa ='D

Monday, May 23, 2011

Hadiah Daripada Hati

Sebanyak-banyak ucapan terima kasih diucapkan atas ribuan post maupun komen maupun ucapan korang sempena hari keputeraan saya 7 Mei lepas. Secara rasminya, genaplah sudah saya di usia 2* tahun. Hatta, rasa sayang pulak kalau tak share khabaQ gembira sempena hari tersebut. Disebabkan bulan keputeraan pun dah nak habih, tringin plak nak share sdikit hadiah yang berjaya diraih~

1) Sebuah henpon :

Sebenarnya henset ni aku beli nk bagi kat ayah (ayah mintak tolong belikan) jadinya aku pun belilah. Dah sampai rumah dah tukar sim card smua, tak lama ayah kata tak sedap plak pakai henpon ni. Mebi sebab tak biasa kut. Sementelah henpon aku pun ala2 belah menanti retak je lalu dengan penuh berhemah aku menggunakan henpon ni skang, WALAUPUN TAKDA 3G, TAPI ADA NILAI KASIH SAYANG~~ KORANG HADE??, hahah cam terharu plak mengenangkan~. Sebagai henpon rasmi, henpon ni bertanggungjawab menjaga talian Celcom aku =’D

Sebenarnya, dua henpon aku selama ni pun ala2 sayang je nak tolak kedai sebab ade sentimental value plak. Lagipown dapat free dari abang no 3 aku. 2 3 Malam sebelum tu aku mimpi diberi henpon tu, tak sangka pastu call kata nak bagi kat aku. Ni la mimpi jadi realiti yang betol2 aku tak leh lupa. Walaupon ala2 segan idop mati tak berapa nak henpon ni tetap diberi kepercayaan utk berkhidmat dengan nombor DiGi aku =’P

Henpon ke-2 merangkap NOKIA SABUN ni plak aku beli dengan penat lelah bekerja sebagai eksekutif jualan (cashier je) di Bukit Merah Laketown Resort. Satu hari, after beberapa hari bersama, jatuh la pulak. Lalu dengan itu microphonenye pun rosak skali. Tak pasai2 gune henpon lama balik. Ala2 buat men game ngan MP3 je buleh. Tapi dua tiga minggu ni rosak button, btoi2 MP3 je buleh tu pon low punye volume sebab dah tak leh naikkan~ Setakat ni, henpon ni pemilik nombor maxis aku =’(

Ni plak henpon transit aku sementara menanti ketibaan henpon baru yang finally tiba juga. However, henpon ni skang dengan hormatnya bonda hamba plak yang gune =’)
Alang2 dah cerita bab henpon, sudilah kiranya aku menyatakan sebenarnya masa mula2 henpon kluar, iaitu di masa NOKIA BUTTERFLY dan juge NOKIA TIGA SEKUPANG abg aku beli, tahap gaban punye level aku men game SNAKE tu, ala2 funny je kan~. Seb bek sume dah bertukar, kalo tak mesti ade lam blog ni hahah =’P

2) Sehelai baju :
Baiklah sekian bab henpon. Adiah ke-2 aku trima ni dari someone from Kedah. Sbuah baju sukan brand ADIDAS, dengan kaler serta kontraduksi BIRU GELAP dilapisi rona2 hijau di bahagian lengan. Jadi kepada (nama dirahsiakan), terima kasih banyak2 diucapkan. Jasamu dikenang! Tapi sampai skang aku tengah pikiaq camne nak kuruskan sedikit badan, skali saiz badan aku dah maju selangkah rupenye~ tapi yang dikatakan pemberian orang (free plak tu) sunggoh terasa nikmatnya~ kan~~~ haha. Ok lah sekian saja bebel2 tahap hadiah, jumpa lagi, adios! =’D