Followers

Wednesday, January 11, 2012

;:: Senang Je Nak Jimat ::;

 (Gambar Ehsan Google)

Aku keje gaji takde la mahal lam RM2970 je ++ elaun sume dapat la RM3400 cukup la sekadar menyara anak bini (tipu je hahah :P)

Baiklah, simplysiti about camne nak jimat adalah seperti berikut ;
  
    Tetapkan Motif Ke Kedai
     
     Pastikan anda tahu kenapa anda ke kedai, shopping complex, pasaraya besar, serta sekelian sedara maranya. Jangan membeli apa yang tiada di dalam motif anda. Contohnya jika anda hanya merancang untuk membeli berus gigi, jangan sekali – kali membelikan diri kepada barang2 lain yang bukan berus gigi. Anda hanya perlu membeli barang2 berkaitan sahaja iaitu ubat gigi, sabun mandi, shampoo, dll. Jika anda tiba2 ‘TERBELI’ dompet atau kasut high heel, bajet anda akan mengalami kelarian seterusnya kehairanan mengapakah tiba2 duit menjadi sedikit setelah pulang ke rumah.

   Minimumkan Pembelian

Setiap kali anda berasa hendak membeli sesuatu, tanyakan diri sendiri sebanyak 5 kali. Perlukah barang ini dibeli. Contohnya jika di rumah anda sudah punya stok megi tomyam, anda tidak perlu lagi membeli megi kari walaupun nafsu membuak – buak nak perisa kari. Tggu sehingga perisa tomyam tu habis, then belilah megi kari pulak. Dengan itu, bajet megi kari itu boleh digunakan untuk perkara lain yg lebih penting seperti minyak moto dll.

   Minimumkan Nilai

Jika anda bekerja dan tiada masa untuk memasak (sayalah tu), sudah tentu anda kena makan kat luar. Tiada cara lain untuk berjimat kecuali kita yang menjimatkan diri. Baiklah caranya mudah, kalau tak makan kang lapo anak orang aku jugak kene, then silalah jamu selera, iaitu apabila makan tengahari contohnya : saya rasa kita boleh order air suam (RM0.20) je kan, percayalah ini sesuatu yg menjimatkan berbanding teh ais yang harganya mungkin dalam RM1.20 skang. Berikut nilai jimat anda :

Teh Ais (RM1.20) x lunch 365 hari (anggaran setahun) = RM438
Air Suam (RM0.20) x lunch 365 hari (anggaran setahun) = RM73

Sekarang tolak la RM438 - RM73 = RM365!

wau! RM365 kalau ala2 nak bayar sebulan Saga dah dapat tu~
*kiraan ini ialah jika anda peminum tegar teh ais sebanyak 365 hari setahun dan tidak melibatkan dinner :)


Baiklah, tu je sesi menjimatkan diri kita kali ini, jumpa lagi minggu depan!