Followers

Wednesday, October 19, 2011

Tamat Tempoh Menganggur :)

Di antara sebegitu ramai siswazah menganggur, saya tidak malu mengaku bahawa saya juga adalah salah seorang daripadanya. Dalam tempoh Oktober 2010 sampailah September 2011 iaitu bersamaan 11 BULAN MERANGKAP HAMPIR SETAHUN aku melalui pelbagai jenis permohonan mahupun interview.

Kalau nak dikira dari segi berapa guni aku pi menjaja sijil, rasanya lam seguni ada kot~ belum campur yang pi interview pas tu apa jawapan pun takde, seberapa banyak duit duk keluar print resume print gamba! Sungguh penat.

Dalam tempoh itu jugak, macam2 yg terpaksa aku lalui, belum masuk cakap2 org sekeliling yang kata “ELLEH BLAJAQ SAMPAI U TAPI SAMPAI SKARANG TAK KEJA”. Mulut2 ini ada yang cakap belakang dan ada yang cakap depan. Yang mana cakap depan semua aku senyum saja, ya lah nak buat camna mulut orang, lagi pon memang betol aku PENGANGGUR dalam tempoh itu. TEBALKAN saja MUKA.

Cuma dalam masa tu aku bukan PENGANGGUR yang btul2 duduk rumah sambil menyusahkan mak bapak, aku tetap lakukan sesuatu sementelah bidang aku FOTOGRAFI, seiring peredaran zaman, aku sengaja membiarkan diriku sebok di arena fotografi perkahwinan, aku memang minat bidang ni, sebab tu walaupun penat serta agak berpeluh tapi saya mendapat sesuatu yang dipanggil KEPUASAN! Saya puas bila kastemer saya senyum, saya puas bila melihat mereka gembira, dan itulah saya lakukan. Tak lupa saya tanya serta minta pendapat jujur mereka andai ada yang tak berkenan di hati.

Lalu itu satu bab, apabila merasakan perlu untuk aku memohon kerja, lalu aku dengan segenap tenaga yang ada pi selongkar habih apa yang ada kat laman JOBSTREET serta tak pernah bosan mintak macam2 kerja di sana.

Apa yang aku ske pasal JOBSTREET nie, dapat pun die bagitau, TAK DAPAT pun die bagitau. Kalau kat portal JOBSMA****** tu, cam iklan jawatan sekadar syarat. Mintak buleh, tapi mintak sekadar mintak, hang mintak la banyak mana pun lepas tu SUNYI SEPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII…

Baiklah, skarang saya di landasan siswazah telah bekerja. Alhamdulillah, sekarang saya menjadi pensyarah di sebuah kolej swasta di Bandaraya Ipoh, iaitu PIA Institute of Art atau Institut Seni PIA (sila klik). Jawatan ini saya mohon melalui iklan di JOBSTREET, dan sungguh pantas panggilan interview, iaitu seingat aku, aku apply Ahad/ Isnin petang, by Tuesday dah call soh interview. Setelah melalui 2 peringkat interview, akhirnya aku ditawarkan bekerja di sini. Tanpa banyak soal, aku terima saja.

Dalam duk best2 jd lecturer ni la plak program training itu ini call offer, tapi semua program training la (biasanya khas untuk graduan yang belum bekerja) jd saya email mahupun di dalam call I say thank you to offering me this kind of opportunity, but I already have a job. Saya harap kekosongan saya akan diganti dengan calon yang lebih memerlukan, sekali lagi, terima kasih.

Kepada kawan2 di luar sana yang masih belum bekerja, saya nasihatkan kepada diri sendiri serta kita semua, sentiasalah yakin bahawa hidup kita telah ditentukan, janganlah berasa hampa kalau sampai skarang belum ada kerja mempelawa, Insya Allah ada sebab kenapa offer kerja tu lambat. Kalau ada rezeki takkan lari ke mana cuma cepat atau lambat. Jadi di sini rajin2 la melihat segenap peluang yang ada yakni iklan jawatan kosong, kalau buleh yang Bahasa Inggeris, kerana secara realitinya majikan memang suka staff yang speaking ataupun ada effort untuk speaking in English.