Followers

Monday, November 28, 2011

::Nilai Ilmu::

Ntah kenapa tiba2 saya merasakan nilai ilmu itu sangat tinggi, ianya seharusnya dijaga serta dipelihara memandangkan cara untuk mendapatnya sangat susah.

Cerita ini mungkin agak kompleks untuk dituntaskan, namun apa yang baru aku alami mengusik jiwa pabila sesuatu telah berlaku di arena maya ini, di facebook.

Aku memang suka post maupun membuat status apa2 saja yang aku tahu sebab di situ tempat untuk ‘share’ apa yang kita tahu malah hal ehwal peribadi yang tak perlu dipost pun buleh jugak dibuat tapi biasanya aku tak minat langsung status peribadi, ianya macam status ‘tak perlu’ je kan~ 

Baiklah pokok kepada entri kali ni ialah ade seseorang di dalam friend aku di fb tu yang aku rasa cam ‘mengambil’ apa yang aku share tu kemudian diolah-olah menjadi komen yang membuatkan aku berasa cam ‘aik ni apa yang baru je aku bagitau nie~’, kemudian selamba aku mencelah dan tak reply komen lagi. Saya tak tanya mana dapat semua ‘knowledge’ ni tapi saya kata ‘wah bagus ya skang da ada *** *** / nama 1 photo gajet’ dan dah awat tak balas plak? Sebab aku tau mende tu baru je aku cakap ala2 dua hari je kot sebelum tu.

Isk agak sedih bila cam apa yang kita cakap ‘dicuri’ kan, sudahnya takda apa2 apresiasi pun, bukan mintak bayar at least say ‘terima kasih’ kan sejuk si hati yang lara ini~ tp takpe lah ikut suka hati dialah. Saya tak nafikan inilah 1st time saya berasa seperti ini, dan serentak dengan itu rasanya takmau cakap apa2 dah yang ‘nilainya’ mahal.

Susah2 aku blaja pastu dirobek ohoho no no no, tidak lagi kawan, cukup setakat itu, still ada baaaaaanyak lagi yang perlu anda pelajari, tp belajar la sendiri kan, sebab kalau aku cakap pok pek pok pek nanti takut kau mengaku tu semua kau yang punyaaaa haha ‘ini harta bukan kau yang punya, ini harta ahmaaaad albab yang punya~~~’ *ha ni saya memetik skrip cite Ahmad Albab Arwah P. Ramlee.

So secara clearnya, kalau kita amek walau sebesar kuman knowledge daripada orang lain, bagilah kredit, susah2 orang tu belajar kan~ 

BAGAIMANAPUN, special untuk semua student kesayangan saya, tentang apa yang saya tahu semuanya akan saya kongsikan, sebab saya tahu anda belajar, itu yang membuatkan saya berasa sangat bertanggungjawab untuk bagitau segala2nya, saya sama sekali takkan kedekut dengan itu, sebab itu assignment anda akan banyak kali dilihat serta tiap kali itu la saya kata ini sepatutnya begini itu sepatutnya begitu dan lain-lain. Lepas dah bagitau semuanya, pandai2 la plak ‘generate’ something apa yang ada dalam diri anda keyh. Adios!

Thursday, November 10, 2011

Tengok Henset 24 Jam!

Tengok henset tengok henset, balik – balik tengok henset!

Itu la 1 trend yang bagaikan tiada sudahnya lagi, baik yang tua (tak tua sangat~) mahupun yang remaja. Kegilaan kat gajet ni makin lama makin menjadi, kalau korang keluar mesti boleh jumpe punyelah.

Golongan yang digelar GOLONGAN PENENGOK HENSET ini sememangnya femes dengan gelagat mereka sendiri cuma mungkin mereka tidak menyedarinya. Yang aku nak cakap hari ni sebenarnya golongan ni kalau tengok henset kena pada tempatnya takpa la jugak, ni sambil bawak moto tengok henset, sambil jalan tengok henset sambil ape2 ntah lagi pun menyempat jugak tengok henset. 

Belum cakap pasal yang drive sambil sembang ngan henset lagi, dah macam ketagih yang amat aku tengok, bukan disebabkan ada apa2 yang interesting sangat yang perlu ditengok kat screen henpon tu pun, cuma tetap rasa KENA TENGOK.

Apa tujuan henset itu ditekan-tekan mahupun ditengok-tengok?? Well, aku sendiri penengok henset cuma tak lah sampai ke tahap SENTIASA kena tengok henset, gamaknye kalau takda henset camne la kan, tak leh hidup ape??? Hahaha

Moral of the entry kali ni tolonglah, tolonglah jangan BERPURA-PURA melihat henset, kalau betul2 nak guna, gunakan jangan skadar lock then unlock back, nothing~ dan khasnya kepada yang suka sangat tengok henset serta membalas2 SMS semasa membawa moto, tolonglah. Tolonglah jangan sebok tekan2 henset pada masa anda sedang memandu, sebab apa yang ada di jalan merangkap apa yang akan terjadi kita tak tahu, suddenly ada kucing membuat lintasan hormat tak sempat korang BREAK kan TERBABAS, dan kalau dah TERBABAS tak ke dah TEREKSIDEN??? Jadi bila eksiden sape susah??? Akuuuuu jugak, tu kalau kucing, kalau budak??? Kalau orang tua??? Fikir –fikirkanlah~ =)