Followers

Sunday, March 27, 2011

Interview Pengacara!!!

Baru2 ni aku pegi intebiu pengacara kat media prima sbb tiba2 ade kekosongan di tv3 & tv9. Sebenarnya aku pun tk tau mende nak prepare just sentiasa cakap sorang bila2 yg dirasakan perlu. Sebagai peminat setia Malaysia Hari Ini tiap pagi kat tv3 tu, jadinya aku berangan ala2 Ahmad Fedtri Yahya + Ally Iskandar, bukan pe takut tibe2 die soh try jd pengacara tak la gelabah sangat kan~.

Tk sempat prepare ape pown, sepanjang on the way dari kampung asek melayan kerenah anak2 buah aku yang 2 orang ni bercaaaaaaaaaaaakap je tak berenti, mewarisi sape la gamak hahah =’P. Bukan cakap kosong ea tp ajak men teka nama negara la nama benda la nama orang la dah ala2 roda impian aku ase, bley tahan pemikiran budak darjah 3 skang kan~ nak gebang sikit tak ley.
anak buah yg sangat aktif bercakap~

Hatta aku pun sampai ke rumah abg aku kt taman medan sebelah taman dato’ haron *seb bek die balik kampung, free la tambang aku mai kl (^_^)v.

Seawal 8.00 a.m. aku kaki aku dah kat Sri Pentas. Tanpa segan silu (sebenarnye ade sikit) aku bertanya, “bang ari ni intebiu pengacara tu kt sini la kan?”, Ala2 tak sure je aku sebab sapa pun takdak melainkan sorang kakak yg asenye coming for intebiu gak tp die kuar sebaik aku masok. “ye tp awal lg la dik, adik pegi minum dlu ea kol 9 nanti datang balik”, kata abg polis security tu. Dalam ati awat pulak dia panggil aku adik nie~ mebi aku look young kowt hahah =’P.

8.45 a.m., dah kenyang aku datang balik, aku masok lg, tp abg tu said, “belum dik cun-cun kol 9 kang baru masuk”, wau very the discipline diorang nie kataku dalam hati. Kali ni aku tgk dah ade 2 3 kerat yg datang tp belum cukup ramai lagi hehe.

9.00 a.m., finally kami dibenarkan masuk after mendaftarkan diri di kaunter keselamatan, aku dapat bende ni hehe;
Sementara jalan sempat la dapat dua kenalan almaklum aku tengok sorang pun takde dari UNIMAS merangkap U aku, yg ramai dari kolej swasta, ade sorang UM, peh tu yg lain2 aku tak sure, ni pun sebab aku tgk buku sijil diorang skali imbas je la.
Aku dapat turn ke 022, seb bek dtg awal, kt luar bilik ramai siyot~. Kalo ikut pengalaman interview yg lepas, sorang lam 15~20 minit tp tengok2 yg ni sorang cume paling lama 5 MINIT!!!. Sementara tunggu turn tiba2 akak tu kata “korang bley la buat skrip ape yang patut ea, dah nk masok tu pegi la toilet touchup mane yg patut penampilan penting taw”, tu la lebey kurang kata2nya.
Pelan2 turn aku sampai, saat KENERBESAN tk dapat dikatakan lagi pabila orang ke 021 masok bilik interview, dan 4 minit! Die kuar, ok ur turn katanya, wakakaka aku pun masuk lah~.
Setelah disoal selidik biodata aku muncullah golden question yg confirm die tanya sume orang, “ok kite rekod skarang, perkenalkan diri dan sila bercakap”, saat ni ape aku wat sume spontan, takde 1 ikut skrip, penat je nulih kt luar td. Ayat sume spontan tp syukur sebab point nk cakap sume ingat.

Assalamualaikum selamat pagi salam 1 Malaysia, Malaysia Hari Ini, Ahad 20 Mac 2011 bersamaan 15 Rabiul Akhir 1432 Hijrah bersiaran bersama dengan saya pengacara baru anda, Saifullah Jaraih, apa khabar anda di luar, bagaimana cuti sekolah yg baru berlalu? Baiklah isu atau topik kita hari ini ialah fotografi bawah air, apakah fotografi ini bagaimana menceburi bidang ini, serta cabaran2nya, Untuk e2 kita akan bersama dengan Prof. Madya Hj. Zulkalnain Zainal Abidin, pensyarah yg juga cukup berpengalaman dari Fakulti Seni Gunaan & Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak.
Topik ke dua kita tips beli rumah apakah yg perlu kita lakukan dll bersama dengan peguam negara dari Jabatan Undang2 Universiti Malaya (tiba2 cam mepek lak sbb masa ni nebes)…”, 

Ha tu die ape aku ingat lebey kurang sampai la dia kata ok ok stop’

“Ok terima kasih kalau ade apa2 nanti kami hubungi ya”, aku pun berlalu meninggalkan bilik tu sambil mengucapkan time kasih. Kuar2 je tak berapa pueh ati pun ada, mana pegi pantun aku nk masukkan mana intonasi suma waaaaaaaaaaaaaaa sebenarnya aku tak nebes kalau takat soal jawab je tp bile saja kamera punye lampu on dengan light sume, dan cuma aku yg bercakap interviewer sume diam duk perati aku pergh cam aku jd tumpuan je wakakakak.

Siyes pengalaman disuluh lampu kamera membuatkan jantungku berdegap2, ape pown i know I did my best! Dapat tak dapat tu tawakkal je lah, ade rezeki dapat tkde rezeki mebi bley cuba lagi. Baru la aku tau perasaan pengacara selama nie, aku tetap berharap agar suatu pagi ataupun petang tiba2 sesorang call dan cakap, “kami dari tv3, tahniah, anda dipilih jd pengacara kami, bile bley datang training ea?” hehe tak salah berangan kan~~ ='P ok~ tibe2 ase cam entry ni panjang semacam~ (^_^)v