Followers

Friday, December 24, 2010

sms terakhir salam terakhir

Jumaat/ 24 Dis 2010 (18 Muharram 1432 Hijrah),
aku bangun tido & seperti biasa on henpon sebaik membuka mata. Takde langsung dalam otak hal ape2 kecuali beberapa urusan yg harus diselesaikan hari ini. Tapi dengan tiba2 sebuah sms sampai...

"assalamualaikum, bgtau semua plajar tahun 1, 2, 3 dan 4. student fine art yg bernama mohd azhar b. mhd yusoh stdnt foto br menggal dunia jam 6.30 td. sdkhkan al-Fatihah."

itulah sms yang aku bace 5 6 kali sebelum dengan pantas call classmate die yg antar sms tu, dan mmg btul, arwah telah meninggal. Tika ini aku terdiam sambil terkenang arwah, susul saya "Innalillahi wa inna ihaihirajiuun".

aku fwd msg kpd beberapa kenalan, almaklum walaupun aku da abis study tp connection dengan adik2 junior ni still occay.

Dalam pada itu terkenang2 aku satu2nya komunikasi terakhir kami kira2 dua minggu lepas. Dia sms bertanya

"bang, abg dlu praktikal kat mana?" aku tak balas terus tapi dalam 2 ari pastu pegi profile fb dia dan send link web studio yg aku praktikal dlu then msg balik dia "abg da kasi link kt msg fb, check ea =)". dan dibalas, "ok, terima kaseh bang".

tu la antara bait2 sms yg kami reply mereply, a very2 simple msg dan tak sangka itulah sms terakhir kami, dia sudah tiada, dia sudah pergi...

Hubungan aku dengan dia ni sebenarnya senior dengan junior je, tapi macam2 dia tanya terutama bab kamera, aku ingat lg kt kafe dia tanya kamera mana bagus, camne nak pilih kamera ikut bajet, dll, aku ingat lagi ape bende aku suggest...

Sepanjang perkenalan, boleh aku katakan arwah seorang adik junior yang sangat menghormati semua senior, dia sebaya adik aku je (1989) jadinya aku da anggap cam adik sendiri je. Aku cari2 gak kalau2 ada gamba aku ngan dia upanya ada kt kawan aku, tu pun gamba masa kem, selalunya semua gamba aku ada tapi ade gak yg takde, kepada yuzz lee sila2 la msg aku gamba ngan arwah ye, satu2nya kenangan bergambar dengan arwah aku rasa...

Arwah rajin datang bilik nuex (classmate die la), mai gunting rambut, sbb aku pun regular customer nuex, jadinya slalu jugak la aku sembang ngan die. Ni la yg bt aku rasa kenangan ngan arwah tu bermain2 kt kepala neh, tapi nak buat camne kan, da sampai masa...

Saya doakan semoga arwah azhar (lebih mesra zahar) aman di sana, sentiasa mendapat redha Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman Insya Allah. kawan2 yg mungkin belum tau berita pemergian adik junior kita ni kalo korang baca blog ni meh la kite sama2 sedekah Al-Fatihah ramai2 ye.

Buat keluarga arwah tabahlah dengan apa yang berlaku, yang pergi tetap pergi yang hidup kena teruskan hidup, buat classmate arwah, korang buat le apa yg patut sebaik buka sem nanti, derma kilat ke apa ada gak yg bantuan yg dapat dihulur kpd keluarga arwah.

semoga kita yang maseh hidup nie perbanyakkan amalan mana yg tak cukup yang cukup2 kita tambah2kan, kerana mati itu pasti, renung2kan & selamat beramal::::::