Followers

Tuesday, February 26, 2013

Ya Allah Selamatkanlah Ayahku...


Ya Allah Ya Tuhanku

Selamatkanlah ayahandaku, walau apa pun yg terjadi selamatkan ayahandaku,
sihatkan kembali ayah sebagaimana sediakala, hilangkanlah bengkak daripada kakinya,
sihatkanlah ayah macam biasa, panjangkanlah umur ayahku, kasihanilah ayahku 
sebagaimana ayah mengasihaniku dari kecil sampai sekarang, tetapkanlah iman kami...

Ampunilah kami Ya Allah...


*sy minta kawan2 doakan ayah saya agar cepat keluar hospital dalam keadaan sihat 
seperti biasa, nie kali ke dua ayah masuk hospital...

Tuesday, January 22, 2013

Argung Privileges - PENIPU

Salam Sejahtera, ntah camne sejak sekian lama aku terfikir dengan satu2nya peristiwa penipuan yang berlaku kt aku dua tiga empat tahun lepas (lupa2 ingat), disebabkan dah jenuh telefon dan bertengkar ngan diorang dan dah penat dengan semua helah PENIPUAN mereka, aku pun berkata YANG PENTING AKU TAK HALALKAN DUIT AKU, k lah kt sini adalah copy paste penuh dari satu blog lain yang mana ceritanya similar dengan aku, tujuan aku cuma nak kongsikan di sini agar takde sesapa dalam kalangan anda yang akan terkena, sama2 kita amek manfaat :

Kali ni aku nak cakap pasal satu benda yang amat menyakitkan dompet aku (a.k.a hurting my wallet) iaitu Argung Privileges (Argung). Argung ini adalah satu syarikat yang sinonim dengan 'vacation card' mahupun 'kad diskaun pelajar'. Mereka menawarkan satu khidmat diskaun bagi ahli-ahlinya yang nak melancong atau yang berkaitan dengan pelancongan, macam nak booking flight ke, nak tempah hotel ke, diaorang dapat uruskan pasal diskaun bagi ahli-ahli kad ni. Selain tu mereka turut menawarkan bantuan kerosakan & tunda kenderaan, insuran kemalangan diri, pakej pelancongan istimewa, diskaun pembelian membeli belah, spa kesihatan, makanan dan minuman.

Tapi, aku tulis topik ni bukan nak promosikan Argung ni, tapi nak komen dan nak menyeru kepada anda, JANGAN JOIN KEAHLIAN PROGRAM INI DAN YANG SEKUTU DENGANNYA JIKA ANDA BUKAN ANAK ORANG KAYA. Why? Sebab tatkala aku gi Billion Shopping Centre kat KB nak cari CD anime (whoops rrr bocor rahsia), kat depan pintu masuk tu aku ditahan + ditanya oleh seoarang promoter"Adik ni pelajar sekolah ke?" (Laa... saya ni pelajar universiti la kak). Dan kat situ la aku kena brainwash untuk masuk keahlian Argung ni.

Tapi menengokkan bayaran keahliannya RM200+ lebih, amat sukar untuk aku bayar keahlian program ini, sehinggalah pada suatu hari ketika pihak mereka call suruh aku bayar, aku menyampaikan hasrat murni aku nak quit dari program ni, setelah mendapat khidmat nasihat kawan2 aku. Malangnya, they said, "Tak boleh encik, sebab nama encik dah hantar ke kementerian dan bla2..." Oh mak, adakah aku telah join perkhidmatan mafia, takleh berhenti daripada keahlian? Sebab bakpe aku nak quit ni pasal bilnya amat mencekik duit aku sebagai seorang student yang tak dapat bantuan pinjaman pelajaran, dan dalam tempoh setengah tahun tu aku tak dapat bayar langsung sebab kehidupan siswa aku ni yang amatlah perghhhh cekik duit betul la...

Dan ada perkara yang aku tak puas hati pasal Argung ni. Antaranya:

  • TAKE NOTE THIS! Setelah anda join, anda mesti decide dalam masa 14 hari untuk masih nak stay dalam Argung atau tidak sebab selepas 14 hari anda tak boleh quit dari Argung. Masalahnya perkara ni aku tak diberitahu semasa aku mendaftar dan aku baru diberitahu pasal hal ini setengah tahun selepas itu.
  • Cara pembayaran di bank tak dijelaskan dengan baik dan mereka tak berikan maklumat mengenai akaun bank mereka untuk pelanggan bayar di bank lain kali semasa pendaftaran (Mereka ingat pelanggan akan buat full payment on th spot. Manalah pelanggan bawak duit cukup2 nak bayar benda ni?
  • Pihak Argung tak berikan apa-apa phamplet mahupun dokumen yang memepunyai maklumat secara menyeluruh termasuk perkara yang aku terangkan kat atas. Website mereka jugak kurang maklumat (Mereka banyak cakap pasal kelebihan ahli, itu lah, ini lah, macam2.)

Kiranya sekarang ni aku walaupun suka atau tak suka, aku kena bayar jugak membership fees tu, dan aku in the middle of payment, so kalau diaorang tak berpegang pada janji diaorang iaitu "bayar sekali untuk seumur hidup", aku nak buat report polis mahupun kat Persatuan Pengguna. So, aku remind sekali lagi kepada korang sekiranya korang bukan anak orang kaya, tak suka melancong, bukan selalu naik flight, dan korang studi dalam negeri korang, jangan join keahlian Argung. Kalau korang bertembung dengan mereka kat supermarket dan ditahan oleh mereka, cakap "No thanks" atau mana2 ayat sopan yang boleh. Itu saja saya nak bagitau. Tak semestinya Argung saja, mana2 "vacation club" pun macam tu jugak.

Dan untuk perbincangan mengenai Argung ni, korang boleh baca link kat bawah, kot2 boleh berikan masa korang untuk join atau tidak. http://mforum.cari.com.myviewthread.php?tid=395863

P/s: Jika korang yang baca post ni adalah staff Argung, I'd say, sorry a lot and no offense, sir/madam/miss. Saya bukan menghasut pelanggan anda supaya tinggalkan/tidak menyertai program syarikat anda, cuma memaklumkan mereka supaya "bijak berbelanja" dan "think before you spend". lagipun, pelanggan ada hak untuk memilih.

 EDIT: Diucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi banyak maklumat berguna di ruangan Komen. Berikut merupakan satu maklumat penting yang diberikan oleh salah seorang anonymous:


EDIT2: Ruangan komen ditutup. Sekiranya anda ingin membincangkan mengenai Argung Privileges, tak kira samada positif mahupun negatif, anda dijemput untuk menyertai kelab Anti ARGUNG PRIVILEGES di Facebook.

* Link Facebook tu dah xde mebi terlalu banyak yang terkena dan komplain
*sumber penuh : Gkin Live! Blog (klik sini


Hingga jumpa lagi, wassalam :::