Followers

Tuesday, February 14, 2012

Cium Tangan?

Isu kali ini sebenarnya agak ringan namun bila ditenung2 cam best lak. Bukan pa, ianya membuatkan daku terfikir sejenak, ‘salam cium tangan’.

Salam cium tangan sebenarnya bukannye 1 benda yg pelik sangat pun, malah adalah 1 simbol hormat kepada yang tua biasanya.

Alkisah beberapa tahun lalu aku pegi beraya rumah cikgu aku ngan kengkawan lain yg sebaya aku. Maka di rumah beliau, kami terkumpul bersama dengan batch adik2 yg muda takde la jauh sangat ngan kami.
Lalu, setelah rasa nak balik tiba2 sorang adik ni (aku panggil aku kau je) telah bersalam serta mencium tanganku. Sedangkan kengkawan dia tak buat cam tu pun? Bahkan aku sendiri menganggap beliau hanyalah member seperti member2 lain gak.

Haaa pernah dak korang alami situasi neh?
Sorang member salam cium tangan kita???

Sunggoh segan, macam… perlu ke??? Kekeke well kalau bebudak emangnya kok aku gak kisah tp ko tu bukannye budak sangat pon~ hahaha tp bagus gak la budak tu cam menyedarkan aku agar tidak sombong.

Ada di 1 pertemuan lain iaitu ketika aku membawak moto, dia potong dan tau apa dia buat? Dia bagi salam which bende ni tak pernah dibuat oleh bebudak lain yang pangkat adik kat tempat aku, kekadang menonong aje~~~ Malu beb sebab aku sendiri tak macam tu.:P

Well, kepada adik (name aku lpe :P) im so sorry bukan senang nak jumpa orang macam hang, even da berkurun tak jumpak still ramah ngan aku~
Wassalam.