Followers

Thursday, October 4, 2012

Pemergian Allahyarham Pak Lang...


Jumaat, 21 Sept 2012
Aku pd petang hari ini berasa ingin menziarah arwah pak lang (belum meninggal) pada masa e2.

Pas balik keje je solat asar siap2 terus ke hospital.

Sebelum tu aku msg kazen aku "sidi, pak lang kt hospital lg ke?" sms aku dibalas "ya, kt hospital lg"

Aku msg sbb da seminggu tak berkesempatan melawat pak lang. Jd bila dah seminggu, aku cuma menyangka arwah dah balik so aku direct je la kt umah.

Pas parking sume terus cam biasa nek wad 7A, Hospital Ipoh. Di situlah tempat pak lang.

Aku sampai je rasa tak sedap.

Terpandangkan mak lang tgh duk kat side tepi katil tgh nangis.

Tirai katil lom labuh tp aku seniri nampak Dr. ngah bg bantuan kecemasan oksigen dll kt pak lang.

Aku terus tanya mak lang kenapa ngan pak lang. Pak lang kamu sesak nafas, tak tau le.
Dalam menangis tu mak lang antara lepas tak lepas cakap ngan aku.

Aku diam je lah tak tau nak cakap pe, aku je satu2 nye sedara yg ada pada masa tu. Aku je satu2 nye anak saudara yg ada kt situ.

Sidi yg aku contact td pi settlekan kete mak lang yg pecah tayar kt luar.

Aku tanya bilanya pak lang start sesak nafas

Dalam kol 5.15 td dah kata mak lang.

Aku sampai 5.30, dalam kalut Dr. ngan nurse2 sume tu aku nampak pak lang cam dah takde respon, diam je. Ditekan2 dada pak lang, tp still takde pape.

Dalam hati aku terdetik 1 je, masa ni pak lang dah nazak, cuma masa utk ajarkan kalimah syahadah.

Tp dalam aku nak melangkah, dalam masa nie jugak aku tak tau nak kacau Dr. atau tak.
Sebab diorang pun nga sibuk, takkan la aku nak ganggu. 

Tak lama jiran pak lang sampai. Che Tim kalau tak salah. Juga sependapat, katanya takyah la soh buat benda2 nie, pak lang dah takde dah tu...

Aku iyakan tp gamam tak tahu ape nak buat.

Lebih kurang kol 6 setelah bermacam2 cara aku tgk kumpulan Dr. tu buat, salah sorang daripadanya datang kat mak lang dan kata dah takde ape respon lg, kitorang dah check jantung nadi sume takde...

Tak sempat abis pun Dr. tu cakap mak lang dah sambut.

"takpe makcik redha, bukan tak usaha..."

Mak Lang terus soh contact2 adik beradik. Mujur sume contact number sedara ramai aku simpan. Yg kt kulim, selama, kl dan mak ayah aku seniri kol.

Aku kol ayah dlu, tp mak aku dgn masalah seniri kt klinik check darah tinggi aku tak sampai hati nak cakap masa nie mak bkn bleh terkejut aku letak dlu phone. Call yg lelain dlu.

Abg aku yg kt kl, mak sedara yg kt kl, dan sumenye yg ade lam list sume aku maklumkan.

Aku call lg mak kali ke dua.
Dan kali ke dua aku tak sampai hati bagitau. Aku letak balik.

Abg aku soh gtau adik aku yg nga cuti sem kt kampung sbb takut mak ayah tekejut. Aku call adik aku, gtau sume dan keje die plak yg gtau kt sedara dekat2.

Aku pesan bila mak dah sampai rumah je baru gtau.

Tak sedap ati gak aku tak gtau2 lg, last2 call gak kali ke 3, tu pun sbb bila tanya ayah kt mana katanya kedai makan maknanya dah sampai lam kampung la tu. Terdengar suara mak yg tgh tak larat menangis ditahan2... 

Aku letak phone...

Kat hospital balik.

Tak lama mai la anak menantu pak lang yg duk kt Tasek sini. Dapat aku saksikan kak ida tak dapat tahan sedih, sampai terus nangis. Mak Lang dalam sedih marah kak ida jgn nangis kt arwah ayor mate jgn kene arwah jgn seksa arwah katanya...

Mak Lang balik dlu ngan kak ida nak settle camne ngan pengebumian dll.

Tak lama pas mak lang balik, shidi sampai. Dari jauh die dah tak tahan nangis, ape la yg bleh aku cakap selain dari menyabarkan...

Kerja2 nak bawak balik jenazah jd mudah sbb ade sedara mak lang (senior nurse dah ase)
kt hospital. 

Saat angkat jenazah diangkat ke keranda hospital tu skali lg shidi nangis. Die tak sanggup angkat, tak lepas.

Kami angkat sampai ke van.

Malam tu aku gi umah plak, bacakan Yassin di sisi jenazah. Selesai sume lam kol 11.30 aku
balik jap.

Baru je baring kol 12 lebih camtu adk aku kol dari kg, otw katanya mintak ditunjukkan jalan. Due tige minit pas tu abg aku lak dah sampai Ipoh dan same gak tak tau jalan. Payah cite lam phone aku kate tggu je kt 1 tempat aku cakap aku g sane.

Dan kami same2 g umah arwah taman meru 2C.

Di situ ade ramai sedara lain. Terkumpul sume.

Aku tgk daripada mak sedara bapak sedara belah nenek aku sampai le belah2 nenek no 2 dan 3 aku ade sume. 

Sepanjang2 malam sume tak tido. Dah jd cam perjumpaan family plak. Bapak sedara aku  pun cakap time2 camni la baru nak terkumpul sume. Cite pasal arwah, cite2 lame, cite abg aku zaman bujang, cite kt KL, sampai le ke isu2 semasa, suma kuar abis.

Dengan aku2 tak leh tido. Lam kol 4pg tak tahan gak mata aku, tetido gak lam keta...

Dari e2 sampai la subuh tido sekadar syarat je iaitu nk ilangkan mengantuk jap tak lama subuh reramai kt surau.

Sabtu, 22 Sept 2012
Pagi (7.30 am)

Aku gerak jap balik tc sbb nak mandi amek baju sume di samping terlupe kene amek bateri laptop  kt tpt keje plak.

Nga on the way balik Meru abg aku call, pak ngah yg cakap, dan idea pak ngah agak tak terjangka aku utk soh aku buat.

"Pol pak ngah ingat nanti epol la jd Imam ye, sbb waris lebih afdhal" demikian lebih kurang kata2 pak ngah.


Aku tak tahu mengiyakan atau menidakkan... Cume yg bleh cakap sy dah nk sampai dah pun nanti kite cakap lain.


Dan pak ngah tanak tukar dah pun, aku kata ya atau tak tetap gak pak ngah akan soh aku.


Settle sehingga e2.

Sekali lagi sedih bila jenazah diangkat dan pak ngah bersuara, "saya wakil arwah nak mintak maaf pada semua yg ada di sini kalau ada salah dan silap harap dimaafkanlah, dan kalau sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa di sini, boleh la jumpa waris untuk dirundingkan..."


Di surau
dan ada upenye Imam, tp pak ngah slow je gtau Imam ingat nak soh anak buah die imamkan, boleh kot?

Imam kata eh nape x boleh lg bagus...


Mujurlah basic kepada cara2 solat jenazah telah lama aku pelajari, dan selalu ikut ayah kt kampung tp utk selama nie, aku bukannye IMAM, aku makmum...

Dalam pada dah berdiri kat depan tiba2 hati aku sayu melihatkan...

Kebetulan beberapa bulan lalu aku bertekad nak HAFAL sume bacaan solat jenazah, Alhamdulillah dapat aku hafal...

tp tak sangka plak org pertama yg aku akan baca full bacaan ialah pak lang... sebelum tu pun aku selalu cuba utk bace sume tp bacaan2 solat jenazah panjang daripada biasa dan org meninggal bukannye hari2 so selalunye aku baca yg takat dah boleh dah.

Aku solatkan dan sehinggalah sampai di kubur aku tetap jugak terfikirkan arwah...

Aku tak la rapat sangat dengan arwah tp arwah bapa saudara yg baik utk aku, awal2 aku mai keje kt ipoh g umah pon arwah bg aku RM10, belanja buat makan katanya...

Kenangan terlalu banyak kalo nak cerita cumanya doa utk arwah semoa tenang di sana... Insya Allah semoga arwah dalam kalangan hamba Allah S.W.T yg beriman serta mendapat redha-Nya

Alfatihah...



Friday, September 21, 2012

Jawapan Kreatif Kenangan Terindah


Jd seseorang yang mencurahkan ilmu mmg banyak cabarannya.

1 daripadanya kesabaran.

Digariskan kesabaran kerana di sinilah kita kan berjumpa beberapa 
attitude tak kire la dari rakan sejawat, bos, mahupun anak didik sendiri.

Sebenarnya aku pun tak tau ape nk tulis cuma bila terselak 1 USB Drive yg jarang2 aku bukak folder di dalamnya, lalu di situ muncul 1 penampakan imej beberapa paper exam sorang student aku yg kreatif jawapannya.

Jawapan ini telah menyebabkan aku senyum seketika kala pressure check exam paper berada di tahap optimisme.

So di sinilah beberapa jawapan yg agak mengharukan pernah aku temui,
yg pasti aku sukakan budak nie sebab dia sangat berterus terang pabila tidak memahami sesuatu :)



Wednesday, September 19, 2012

PERIHAL SIRATULMUSTAQIM : Peringkat Perjalanan Manusia Di Atas SiratulMustaqim


Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat 

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146


Wednesday, May 30, 2012

Ke Hujung Mei

Kekadang entri yang lepas2 bleh wat kite senyum karna di situlah kita bermula...

Malam nie dengan tiba2 rajin lak singgah blog tak terupdate neh...

Senyum lak aku tgk post lelama, cam 'eh ni aku ea???'

Dalam diam terasa cam kelakar lak, nak2 entri emosi, cam ape2 jep tp e2 la memori, Aku buat blog semenjak berada di U dah, antara sebab bt blog takde lain kecuali nak meniru org yg ade blog bahawa aku pun bleh wat gak selain berasa cam syiok lak bleh tulis memacam...

Macam aku tulih, ade emosi, sindir2 skit, sains sosial skit, kebudayaan, seni~ eh hahaha ada ke tak tau la ni yg dikatakan bleh tulis memacam kan~

Ok lah, since dah update neh dan kebetulan plak inilah satu2nya ENTRI BULAN MEI maka molek gak kalo aku amek kesempatan nie nk say thank you pada semua pihak yg telah mengucapkan selamat ari lahir kt aku 7 Mei lalu.

Utk rekod, inilah 1st time aku HIDE birthday kt fb sebab nak tgk orang2 tertentu di arena maya yg rapat2 ngan aku tu ingat tak kalo tak sebab fb, dan secara summarizenye mmg hanyalah yg betul2 rapat saja yg ingat.

Aku takde amek ati pon cume nak test je brape ramai yg ingat, so da tawu la jawapannya, dan agak menyedihkan sikit sebab taon ni 1 adiah pon takda *kenapakah agaknye ye??? hehehe

Well, ada 1 lg sebab musabab aku ase cam 7 Mei cukup la sekadar gitu2 je sebab date nie sebenarnye last year (2011) terjadinye 1 peristiwa yg aku da cite da pon (klik sini).

K lah, since telah berada di usia yang baharu (Kamus Dewan kata guna word Baharu utk meaning baru ye) saya sangat mengharapkan agar hubungan kita sesama manusia yg telah terbina selama ini terus erat dan berkembang mekar bak sejambak rose merah.

Wassalam :)

Saturday, March 31, 2012

Dalam Hati Ayah

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

(Copy paste penuh/ Share dari  facebook/Mamat fan page)

Tuesday, February 14, 2012

Cium Tangan?

Isu kali ini sebenarnya agak ringan namun bila ditenung2 cam best lak. Bukan pa, ianya membuatkan daku terfikir sejenak, ‘salam cium tangan’.

Salam cium tangan sebenarnya bukannye 1 benda yg pelik sangat pun, malah adalah 1 simbol hormat kepada yang tua biasanya.

Alkisah beberapa tahun lalu aku pegi beraya rumah cikgu aku ngan kengkawan lain yg sebaya aku. Maka di rumah beliau, kami terkumpul bersama dengan batch adik2 yg muda takde la jauh sangat ngan kami.
Lalu, setelah rasa nak balik tiba2 sorang adik ni (aku panggil aku kau je) telah bersalam serta mencium tanganku. Sedangkan kengkawan dia tak buat cam tu pun? Bahkan aku sendiri menganggap beliau hanyalah member seperti member2 lain gak.

Haaa pernah dak korang alami situasi neh?
Sorang member salam cium tangan kita???

Sunggoh segan, macam… perlu ke??? Kekeke well kalau bebudak emangnya kok aku gak kisah tp ko tu bukannye budak sangat pon~ hahaha tp bagus gak la budak tu cam menyedarkan aku agar tidak sombong.

Ada di 1 pertemuan lain iaitu ketika aku membawak moto, dia potong dan tau apa dia buat? Dia bagi salam which bende ni tak pernah dibuat oleh bebudak lain yang pangkat adik kat tempat aku, kekadang menonong aje~~~ Malu beb sebab aku sendiri tak macam tu.:P

Well, kepada adik (name aku lpe :P) im so sorry bukan senang nak jumpa orang macam hang, even da berkurun tak jumpak still ramah ngan aku~
Wassalam.

Wednesday, January 11, 2012

;:: Senang Je Nak Jimat ::;

 (Gambar Ehsan Google)

Aku keje gaji takde la mahal lam RM2970 je ++ elaun sume dapat la RM3400 cukup la sekadar menyara anak bini (tipu je hahah :P)

Baiklah, simplysiti about camne nak jimat adalah seperti berikut ;
  
    Tetapkan Motif Ke Kedai
     
     Pastikan anda tahu kenapa anda ke kedai, shopping complex, pasaraya besar, serta sekelian sedara maranya. Jangan membeli apa yang tiada di dalam motif anda. Contohnya jika anda hanya merancang untuk membeli berus gigi, jangan sekali – kali membelikan diri kepada barang2 lain yang bukan berus gigi. Anda hanya perlu membeli barang2 berkaitan sahaja iaitu ubat gigi, sabun mandi, shampoo, dll. Jika anda tiba2 ‘TERBELI’ dompet atau kasut high heel, bajet anda akan mengalami kelarian seterusnya kehairanan mengapakah tiba2 duit menjadi sedikit setelah pulang ke rumah.

   Minimumkan Pembelian

Setiap kali anda berasa hendak membeli sesuatu, tanyakan diri sendiri sebanyak 5 kali. Perlukah barang ini dibeli. Contohnya jika di rumah anda sudah punya stok megi tomyam, anda tidak perlu lagi membeli megi kari walaupun nafsu membuak – buak nak perisa kari. Tggu sehingga perisa tomyam tu habis, then belilah megi kari pulak. Dengan itu, bajet megi kari itu boleh digunakan untuk perkara lain yg lebih penting seperti minyak moto dll.

   Minimumkan Nilai

Jika anda bekerja dan tiada masa untuk memasak (sayalah tu), sudah tentu anda kena makan kat luar. Tiada cara lain untuk berjimat kecuali kita yang menjimatkan diri. Baiklah caranya mudah, kalau tak makan kang lapo anak orang aku jugak kene, then silalah jamu selera, iaitu apabila makan tengahari contohnya : saya rasa kita boleh order air suam (RM0.20) je kan, percayalah ini sesuatu yg menjimatkan berbanding teh ais yang harganya mungkin dalam RM1.20 skang. Berikut nilai jimat anda :

Teh Ais (RM1.20) x lunch 365 hari (anggaran setahun) = RM438
Air Suam (RM0.20) x lunch 365 hari (anggaran setahun) = RM73

Sekarang tolak la RM438 - RM73 = RM365!

wau! RM365 kalau ala2 nak bayar sebulan Saga dah dapat tu~
*kiraan ini ialah jika anda peminum tegar teh ais sebanyak 365 hari setahun dan tidak melibatkan dinner :)


Baiklah, tu je sesi menjimatkan diri kita kali ini, jumpa lagi minggu depan!