Followers

Monday, May 9, 2011

Pemergian Allahyarham Pak Long

Hari yang sepatutnya ceria serta dirangcang penuh warna ini dengan tiba-tiba bertukar menjadi sebuah HARI KESEDIHAN. Itulah yg dpt aku simpulkan. Kisahnya berlaku dengan sangat pantas.

Baiklah saya mahu cerita 3 PERISTIWA BESAR yang berlaku pada tarikh anniversary kelahiran aku ni, secara ringkasnya bolehlah aku catatkan bahawa hari ini lah hari ulangtahun kelahiran aku, dan buat beberapa ketika pastinya aku gembira menantikan hadiah (kalau ada la) dan ucapan2 kt wall fb tu, cumanya aku tak dapat on9 pada masa kejadian, jadinya aku pendamkan saja.

Dengan tidak disangka2, cousin aku memilih tarikh ni gak untuk melangsungkan perkahwinannya iaitu di Kemaman, Terengganu. Kebetulan tarikh ini merupakan extra keseronokan aku sebab selain hari lahir, hari nikah kawin cousin aku la pulak. Sebenarnya plan awal mak yg nk pi, tp last minit tk jd plak aku jugak kene ganti lam 5 minit siap2 jalan.

(Jumaat, 6 Mei 2011)
Perjalanan ke Terengganu rasanya ala2 lebih kurang je ngan lain2 perjalanan yg pernah aku tempohi (sebab aku kan suka travel zaman blaja dlu). Kami tak terus ke Terengganu tp singgah di rumah abg sepupu aku kt KL sebab nk kumpul sedara2 lain yg nk join gak. Well, petang jumaat tu kami gerak merentasi Lebuh Pantai Timur, merentas Pahang sebelum Kemaman.
Dalam kol 9 kami sampai rumah bakal pengantin. Ala2 sambut mana yang patut tuan rumah layan, kami pun makan malam. Tuan rumah buat masak lemak perut kerbau ngan masak lemak sayur gobis sambal dll. Memang sedap, aku menambah utk kali kedua, tambah plak sume tgh lapar masa ni, bertambah sedaplah jadinye…

Aku nampak ayah ngan Along (Pak Long) sangat berselera. Ayah menambah, Along tak tapi sempat arwah bagitau sedap lauk malam ni, rasanya melihatkan cara makan pun boleh tau mmg arwah Along suka makanan malam tu.

Habis je makan, terus kami dipandu ke sebuah rumah yang disediakan bakal bisan arwah Along. Satu rombongan baring2 melepaskan penat masing. Ade gak yg sambung makan lam kol 12 camtu sebab mmg ade bawak bekal, tak dimakan kang bazir plak kan.

Sembang2 mane lebih kurang, kami pun tidur. Aku tak tau arwah Along tidur kat mana tp sebelum tidur sempat aku tengok arwah isap alat asma tu (alat isap yg org asma kene isap tu). Dalam ati aku tak la syak apa2 sebab mmg dah biasa nampak arwah isap alat tu.

Sebenarnya aku tertunggu turn mandi tp dek kerana bilik mandinya 1 + airnya slow + orangnye ramai jadinya aku setakat bukak baju je la baring2. Dua tiga kali pejam celik bangun jap pikio nk mandi ke tak last2 penat aku tunggu belasah tido je. Dalam 2.20 camtu aku tersedar balik. Badan aku menggigil ala2 lam peti ais sebab pusingan laju si kipas elikopter, dengan penuh rasa mengantuknya aku membangunkan diri mencapai baju mana yg patut buat selimut. Masa ni langsung tak ada apa berlaku.

2.45 am (Sabtu, 7 Mei 2011)
Sedang aku terus lena, tiba2 aku TERBANGUN bila mendengarkan suara kecoh Abg Sirun di bilik mandi, bukak2 je mata terus aku nampak Pak Long aku dalam keadaan terlentang atas lantai. Abg Ayum pun tersedar gak dengan pantas angkat pak long ke sisi dinding (sebelah aku) sama2 ngan Abg Sirun. Dalam kondisi aku tengah mamai tu tiba2 ayah terjerit2 dari biliknya jugak terus meluru ke Pak Long.

Tak berenti ayah kata patut la beriya-iya ajak ayah pegi sekali, sebab mmg tiada org tua lain yg ikut. Masa Pak Long datang rumah ajak ayah bagitau kerja banyak (menanam padi) tak dapat pegi kut. Pagi esoknya ayah jalan pegi rumah Pak Long dan tak lama lepas ayah balik, arwah datang rumah pulak. Kali ni ayah ubah keputusan bile Pak Long kata “karja saja kada habis, takpa tulakkah aku sanggup nambangkan bertiga. Amun kauk kada tulak sapa nk ngawanik aku, kaina kalau ada apa2 nyaman. = “Kerja mmg tak habis2, takpe pegi lah takpa aku sanggup bayar tambang bertiga (ayah, mak, aku) Kalau kau tak pegi sapa nak temankan aku, mana ada orang tua lain yg ikut, lagipun kalau ada apa2 senang... *ayah ialah Imam Masjid” demikian lebih kurang2 kata2 Arwah Pak Long sebelum berangkat ke KL. :tapi masa ni aku takda lak rasa nak pegi sebab tu Ghani cuma belikan tiket 2 iaitu utk mak ngan ayah.

Suasana time ni aku pon tak tau camna nak cakap. Smua orang terjaga. Semua org keliling Pak Long. Aku paling dekat ngan kepala arwah. Sambil menangis2 ayah trus mengajarkan Kalimah syahadah pada Pak Long. Aku sendiri nampak Pak Long dalam keadaan cukup nazak. Matanya tak lagi bersinar cam biasa, dah keruh rona mata. Sekali sekali Along still amek nafas. Aku menjadi saksi pada semua ini.

Ayah tak henti2 mengajarkan kalimah syahadah. Dalam pada aku sesungguhnya blur apakah semua ini BENAR??? Apakah BENAR Along nak meninggal??? Sebab tiba2 ayah soh call semua abg aku soh call mak soh call org kampung. Terketar2 aku cari enset telefon seorang demi seorang.

Aku call mak, aku katakan Along dah meninggal, berkali2 aku bagitau mak tetap mahukan kepastian sampai la mak betul2 yakin dan faham apa yg aku sampaikan. Aku call gak abg aku, yg mmg kebetulan balik kampung. Mula2 aku katakan yg Along tengah teruk, disebabkan abg aku yg sorang ni mmg rajin wat therapy kt KL die soh la urut2kan bahagian tapak kaki beberapa kali sambil baca selawat, sebab katanya itu bahagian pernafasan, jantung dll. Aku buat semua tu, aku buat, aku urut kaki Pak Long. Tapi, tiada siapa dapat menafi kuasa tuhan…
Dalam sebok aku urut2 tapak kaki Pak Long, aku nampak Pak Long dah berhenti nafas. Dah menghembus nafas terakhir… Aku tergamam di kaki jenazah dalam keadaan yg tak tahu apa lagi nak dilakukan.

Seluruh keluarga aku sedih sama sekali. Tambah2 hampir semua anaknya ada di sisi. TAMBAH2 ANAKNYA YANG BAKAL BERNIKAH MENJELANG PAGI = GHANI. Tak semena2 menangis Ghani di sisi ayahnya. Semua yg lain menangis. Selang beberapa minit datang BAKAL BISAN pak long, datang gak BAKAL MENANTU Pak Long. Melihat sendiri. Langsung tak sempat buat apa2, nk dibawa ke hospital mmg sah Pak Long sangat nazak. Semuanya sangat pantas.

3.05 am (Sabtu, 7 Mei 2011)
Aku call lagi sanak saudara lain yg dapat dihubungi, semuanya dimaklumkan. Anak2 Pak Long sendiri tak henti2 call. Paling memilukan pabila terpaksa call dua orang cousin aku yg bongsu ngan kakak die yg jaga rumah kat kampung. Tak dapat dibayang perasaan mereka. Dah la Pak Long skarang jauh di Terengganu.

Ayah call sorang lagi bapa saudara aku di Jengka, Pahang. Katanya tak payah lah bawak jenazah balik, Lagipun macamana, Perak dan Terengganu sangat jauh. Ayah tetap putuskan jenazah Pak Long dibawa balik. Bincang punye bincang, Mak Long ngan anak2 setuju saja dengan keputusan ayah.

Sempatlah Kak Piah bacakan Yassin, kemudian aku. Tak lama sampai pulak polis amek statement tanye mane lebih kurang. Balik2 je polis, Imam plak sampai. Bincang punye bincang, ayah setuju Jenazah diurus & disolatkan di sini (Kemaman) dahulu. Dalam pening memikirkan cara terbaik membawa jenazah tiba2 je kami dapat tau ada Van Jenazah yg boleh bawa jenazah terus ke Perak. Van dari Pejabat Agama dengan kadar bayaran yg wajar.

Selesai subuh, kami dua kereta balik dlu. Ayah tinggal di sana uruskan jenazah. Mujurlah ayah yg pegi, sebab ayah dah biasa menguruskan jenazah di kampung. Kat sini tiba2 ayah faham patut la beriya2 pak long ajak pegi sama, memang rasanya dua tiga kali jugak la mai pi balik rumah ajak ayah pegi sama. Dalam keberatan nk pegi (sebab kerja banyak) kat rumah ayah pegi jugak tak apalah kata ayah kesian melihatkan along sungguh2 ajak.

Di sana ayah yang memandikan, mengkafankan, serta turut solatkan jenazah. Imam di sana pun ada jugak. Hairan melihatkan ayah bertindak cam dah banyak pengalaman, bila diceritakan ayah mmg Imam dan biasa uruskan semua ni, barulah semua faham. Ayah cuma perlukan kalau tak silap 5 orang pembantu, termasuklah cousin2 aku yg still kat sana.

Sementara aku ngan abg helmi trus ke KL. Kami singgah jap Shah Alam amek baju2 mana yg nk tambah dan trus balik kampung pulak. Kami beberapa kali tukar position drive keta sebab abg helmi mengantuk. Mana tak mengantuk, bayangkan sepetangan sampai malam gi Terengganu. Sempat tido rasanya dari pukul 12 malam sampai kol 3 pagi je, lepas tu tak tido2 dah. Lepas subuh tu kami balik kampung plak. Bolehlah aku katakan kami tak jumpa siang pun di Terengganu.

Sampai kat R&R Tapah, rehat lebih kurang solat jamak sat dalam pada duk berehat tu van yg bawak jenazah sampai gak. Di sini aku mcm ternanti2 pak long, aku jenguk van, mmg sudah jenazah. Sekali lagi aku terasa sedih bila mengenangkan masa pi arwah bukan main sihat tapi yg balik skarang ialah jenazah. Aku tengok mak long menahan2 air mata. Dalam kereta tadi tak tertahan2 jugak menangis sorang2 kt belakang. Runsing mak long mengenangkan semua kejadian ni, manakan tidak, dengan hari ni la anak nikah, hari ni jugak la pak long meninggal. Berani aku katakan, mak long mmg tabah, masa jenazah baru saja menghembus nafas terakhir kat sana pun mak long masih rasional bincang2 dengan ayah camna nak uruskan jenazah. Ye la kalau org lain aku tengok selama ni dah tak tahu nak buat camna. Yang buat sedih lg bila mak long kata sapa la nak antar aisyah (cucu) pegi skolah lepas ni, naik basikal tak reti…

Dalam pada e2, kami dalam kereta tersebut2 tentang Ghani yg kene nikah ari ni. Nak buat camna dah sampai masa kata mak long. Semoga sepupu saya Ghani tabah di Terengganu. Saya tak dapat bayangkan perasaannya bila terpaksa nikah & kawin pada hari ni jugak, tapi ye lah kita tak tahu semua ni, sesuatu yg sudah ditakdirkan. Orang sana dah susun semuanya dengan rapi nikah mesti diteruskan. Berita yg sampai ke sini, dua kali jugak la nak lafaz nikah, mana nak terlafaz bila terkenangkan jenazah ayah di kampung… Alhamdulillah, selamat juga proses nikah dalam suasana yg sederhana…

Sampai kt ipoh, aku tukar drive lg ngan abg helmi, sementara dia bawak tadi sempat jugak kereta tersentak jap, agaknya dia tertidur kut. Alhamdulillah takda apa2 jadi, berdebar jugak aku kami suma dah tido.

Dalam kol 4 kami sampai kampung, aku singgah rumah mandi siap2 trus pegi rumah arwah. Ramainya orang tunggu. Tak muat dalam, kt luar pun ramai ngan orang kampung tunggu jenazah sampai. Melihatkan nak dekat asar dan jenazah nak sampai kejap je lagi aku balik semula pakai baju raihan satgi bleh join solatkan jenazah.

Jenazah sampai lam kol 4.45 petang lepas asar. Kami tlg angkat jenazah masuk rumah. Ramai orang tlg. Bagi memberi ruang pada waris2 yg kt sini utk menatap wajah arwah bt kali terakhir, kami buka ikatan kafan pada wajah arwah. Sebak bila melihatkan dua cousin aku yg tinggal kat sini menangis menyambut jenazah arwah. Ayu dan azean masing2 adalah dua anak terakhir arwah. Mereka berikan ciuman terakhir pada wajah arwah, same ngan waris2 lain. Aku tak lepaskan jugak peluang ni, sememangnya ini la kali pertama dan terakhir aku cium pipi dahi ngan pipi arwah.

Alhamdulillah, jenazah selamat disolatkan dan kemudian disemadikan di tanah perkuburan kampung aku. Ramai orang yg mengiringi jenazah ke kubur. Saya mendoakan semoga arwah aman serta dalam kalangan orang2 beriman di sana, Insya Allah. Sanak saudara maupun kawan2 yg membaca entry ini marilah kita sama2 sedekahkan al-Fatihah buat arwah… Wassalam…

Sunday, March 27, 2011

Interview Pengacara!!!

Baru2 ni aku pegi intebiu pengacara kat media prima sbb tiba2 ade kekosongan di tv3 & tv9. Sebenarnya aku pun tk tau mende nak prepare just sentiasa cakap sorang bila2 yg dirasakan perlu. Sebagai peminat setia Malaysia Hari Ini tiap pagi kat tv3 tu, jadinya aku berangan ala2 Ahmad Fedtri Yahya + Ally Iskandar, bukan pe takut tibe2 die soh try jd pengacara tak la gelabah sangat kan~.

Tk sempat prepare ape pown, sepanjang on the way dari kampung asek melayan kerenah anak2 buah aku yang 2 orang ni bercaaaaaaaaaaaakap je tak berenti, mewarisi sape la gamak hahah =’P. Bukan cakap kosong ea tp ajak men teka nama negara la nama benda la nama orang la dah ala2 roda impian aku ase, bley tahan pemikiran budak darjah 3 skang kan~ nak gebang sikit tak ley.
anak buah yg sangat aktif bercakap~

Hatta aku pun sampai ke rumah abg aku kt taman medan sebelah taman dato’ haron *seb bek die balik kampung, free la tambang aku mai kl (^_^)v.

Seawal 8.00 a.m. aku kaki aku dah kat Sri Pentas. Tanpa segan silu (sebenarnye ade sikit) aku bertanya, “bang ari ni intebiu pengacara tu kt sini la kan?”, Ala2 tak sure je aku sebab sapa pun takdak melainkan sorang kakak yg asenye coming for intebiu gak tp die kuar sebaik aku masok. “ye tp awal lg la dik, adik pegi minum dlu ea kol 9 nanti datang balik”, kata abg polis security tu. Dalam ati awat pulak dia panggil aku adik nie~ mebi aku look young kowt hahah =’P.

8.45 a.m., dah kenyang aku datang balik, aku masok lg, tp abg tu said, “belum dik cun-cun kol 9 kang baru masuk”, wau very the discipline diorang nie kataku dalam hati. Kali ni aku tgk dah ade 2 3 kerat yg datang tp belum cukup ramai lagi hehe.

9.00 a.m., finally kami dibenarkan masuk after mendaftarkan diri di kaunter keselamatan, aku dapat bende ni hehe;
Sementara jalan sempat la dapat dua kenalan almaklum aku tengok sorang pun takde dari UNIMAS merangkap U aku, yg ramai dari kolej swasta, ade sorang UM, peh tu yg lain2 aku tak sure, ni pun sebab aku tgk buku sijil diorang skali imbas je la.
Aku dapat turn ke 022, seb bek dtg awal, kt luar bilik ramai siyot~. Kalo ikut pengalaman interview yg lepas, sorang lam 15~20 minit tp tengok2 yg ni sorang cume paling lama 5 MINIT!!!. Sementara tunggu turn tiba2 akak tu kata “korang bley la buat skrip ape yang patut ea, dah nk masok tu pegi la toilet touchup mane yg patut penampilan penting taw”, tu la lebey kurang kata2nya.
Pelan2 turn aku sampai, saat KENERBESAN tk dapat dikatakan lagi pabila orang ke 021 masok bilik interview, dan 4 minit! Die kuar, ok ur turn katanya, wakakaka aku pun masuk lah~.
Setelah disoal selidik biodata aku muncullah golden question yg confirm die tanya sume orang, “ok kite rekod skarang, perkenalkan diri dan sila bercakap”, saat ni ape aku wat sume spontan, takde 1 ikut skrip, penat je nulih kt luar td. Ayat sume spontan tp syukur sebab point nk cakap sume ingat.

“Assalamualaikum selamat pagi salam 1 Malaysia, Malaysia Hari Ini, Ahad 20 Mac 2011 bersamaan 15 Rabiul Akhir 1432 Hijrah bersiaran bersama dengan saya pengacara baru anda, Saifullah Jaraih, apa khabar anda di luar, bagaimana cuti sekolah yg baru berlalu? Baiklah isu atau topik kita hari ini ialah fotografi bawah air, apakah fotografi ini bagaimana menceburi bidang ini, serta cabaran2nya, Untuk e2 kita akan bersama dengan Prof. Madya Hj. Zulkalnain Zainal Abidin, pensyarah yg juga cukup berpengalaman dari Fakulti Seni Gunaan & Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak.
Topik ke dua kita tips beli rumah apakah yg perlu kita lakukan dll bersama dengan peguam negara dari Jabatan Undang2 Universiti Malaya (tiba2 cam mepek lak sbb masa ni nebes)…”, 

Ha tu die ape aku ingat lebey kurang sampai la dia kata ok ok stop’

“Ok terima kasih kalau ade apa2 nanti kami hubungi ya”, aku pun berlalu meninggalkan bilik tu sambil mengucapkan time kasih. Kuar2 je tak berapa pueh ati pun ada, mana pegi pantun aku nk masukkan mana intonasi suma waaaaaaaaaaaaaaa sebenarnya aku tak nebes kalau takat soal jawab je tp bile saja kamera punye lampu on dengan light sume, dan cuma aku yg bercakap interviewer sume diam duk perati aku pergh cam aku jd tumpuan je wakakakak.

Siyes pengalaman disuluh lampu kamera membuatkan jantungku berdegap2, ape pown i know I did my best! Dapat tak dapat tu tawakkal je lah, ade rezeki dapat tkde rezeki mebi bley cuba lagi. Baru la aku tau perasaan pengacara selama nie, aku tetap berharap agar suatu pagi ataupun petang tiba2 sesorang call dan cakap, “kami dari tv3, tahniah, anda dipilih jd pengacara kami, bile bley datang training ea?” hehe tak salah berangan kan~~ ='P ok~ tibe2 ase cam entry ni panjang semacam~ (^_^)v

Friday, December 24, 2010

sms terakhir salam terakhir

Jumaat/ 24 Dis 2010 (18 Muharram 1432 Hijrah),
aku bangun tido & seperti biasa on henpon sebaik membuka mata. Takde langsung dalam otak hal ape2 kecuali beberapa urusan yg harus diselesaikan hari ini. Tapi dengan tiba2 sebuah sms sampai...

"assalamualaikum, bgtau semua plajar tahun 1, 2, 3 dan 4. student fine art yg bernama mohd azhar b. mhd yusoh stdnt foto br menggal dunia jam 6.30 td. sdkhkan al-Fatihah."

itulah sms yang aku bace 5 6 kali sebelum dengan pantas call classmate die yg antar sms tu, dan mmg btul, arwah telah meninggal. Tika ini aku terdiam sambil terkenang arwah, susul saya "Innalillahi wa inna ihaihirajiuun".

aku fwd msg kpd beberapa kenalan, almaklum walaupun aku da abis study tp connection dengan adik2 junior ni still occay.

Dalam pada itu terkenang2 aku satu2nya komunikasi terakhir kami kira2 dua minggu lepas. Dia sms bertanya

"bang, abg dlu praktikal kat mana?" aku tak balas terus tapi dalam 2 ari pastu pegi profile fb dia dan send link web studio yg aku praktikal dlu then msg balik dia "abg da kasi link kt msg fb, check ea =)". dan dibalas, "ok, terima kaseh bang".

tu la antara bait2 sms yg kami reply mereply, a very2 simple msg dan tak sangka itulah sms terakhir kami, dia sudah tiada, dia sudah pergi...

Hubungan aku dengan dia ni sebenarnya senior dengan junior je, tapi macam2 dia tanya terutama bab kamera, aku ingat lg kt kafe dia tanya kamera mana bagus, camne nak pilih kamera ikut bajet, dll, aku ingat lagi ape bende aku suggest...

Sepanjang perkenalan, boleh aku katakan arwah seorang adik junior yang sangat menghormati semua senior, dia sebaya adik aku je (1989) jadinya aku da anggap cam adik sendiri je. Aku cari2 gak kalau2 ada gamba aku ngan dia upanya ada kt kawan aku, tu pun gamba masa kem, selalunya semua gamba aku ada tapi ade gak yg takde, kepada yuzz lee sila2 la msg aku gamba ngan arwah ye, satu2nya kenangan bergambar dengan arwah aku rasa...

Arwah rajin datang bilik nuex (classmate die la), mai gunting rambut, sbb aku pun regular customer nuex, jadinya slalu jugak la aku sembang ngan die. Ni la yg bt aku rasa kenangan ngan arwah tu bermain2 kt kepala neh, tapi nak buat camne kan, da sampai masa...

Saya doakan semoga arwah azhar (lebih mesra zahar) aman di sana, sentiasa mendapat redha Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman Insya Allah. kawan2 yg mungkin belum tau berita pemergian adik junior kita ni kalo korang baca blog ni meh la kite sama2 sedekah Al-Fatihah ramai2 ye.

Buat keluarga arwah tabahlah dengan apa yang berlaku, yang pergi tetap pergi yang hidup kena teruskan hidup, buat classmate arwah, korang buat le apa yg patut sebaik buka sem nanti, derma kilat ke apa ada gak yg bantuan yg dapat dihulur kpd keluarga arwah.

semoga kita yang maseh hidup nie perbanyakkan amalan mana yg tak cukup yang cukup2 kita tambah2kan, kerana mati itu pasti, renung2kan & selamat beramal::::::


Thursday, November 25, 2010

Kejamkah Aku???

Sebenarnya aku bagaikan takde masa nak update selalu blog ini memandangkan banyak komitmen lain menanti haha komitmen la sangat ='P

alkisah di masa aku takde idea ni tetibe tringat 1 kesah berkenaan hal ehwal junior aku yakni yg still blaja kt sarawak bumi kenyalang :)

asenye sesuai aku membuat post ini mengenangkan kesah beliau yg agak keliru & still confusing walaupun dah 2nd year amek kos same aku.

bukannya apa, die ni selalu mintak nasihat aku banyak kali sejak nk beli kamera la model apa bagus la kt mane harga murah la sampai lah ke tahap teknik ataupun cara guna pun ditanya jugak. Boleh dikatakan semua persoalan itu aku jawab apatah lg jika medan facebook jadi penghubung.

lagipun lecturer saya pernah berpesan, ilmu jangan disorok, selagi ada keluarkan, Insya Allah tak rugi. dan aku yakin tu, sbb makin banyak aku kasi tawu makin plus plus plak yg aku dapat.

lalu aku simply life kan la citenye, betapa lama aku duk mencurahkan segala rahsia *setakat ilmu aku ade la* tibe2 1 ketika dia kata yg lebih kurang berbunyi "sy dah tak tahan ngan kos ni, asa cam nak gibap je, tk minat, dll".

ayat sebenar aku da tk brape ingat tp konteksnye lebey kurang camtu la. Pd mase ni tawu tak ape aku reply?? aku reply "kalo camtu tukar je lah, nk wat camne da tak minat". Dengan tiba2 msg sy dibalas "duit dah banyak habis bang, sy mesti terus jugak" dan ape2 la lg ayatnye ntah.

Hah tawu pun kau banyak makan duit, so nape nak persoalkan lg pilihan yg ko dapat? pastu tak pernah2 nak buka hati redha dengan ape yg kite belaja memang la sampai bila pun susah nak berjaya. Sebab balik2 "eee susah la" cube la dlu.

semenjak itulah bait2 terakhir ayat sms aku da jarang pulak merungut, hmm bagus jugak bile pikir balik takde la asek nk kate kos aku susah la ape la cube bg hati tu terbentang luaskan, jangan sempitkan.

asenye btul la tindakan aku tu kan?? ok lah kalau2 die membaca entry ini maka dengan ini aku nk cakap, bukannye aku nak marah or whatever, cume nak kau faham, bahawa kadang2 apa yg kita nak tak semestinya kita dapat, HARGAILAH APA YANG ADA, jumpe lagi (",)

Monday, September 27, 2010

simply life

Di mase aku nak mengemaskini blog tk canggih ni tetiba terpandangkan tarikhnye mak aihh dah 28 sept upenye, dah ujung bulan, pergh lama tk terupdate siyot =P Bukan pe mende aku nk cite banyak sangat tak tercerita dibuek eh maklum la bulan lepas kan sebulan puasa peh tu raya, aku manjang dalam happpppppppppppppppyyyyyyyyyyyyyy mode + cam banyak gila story telling tp ase2 bab raya tu cite kite lebey kurang sama je kan so i skip je lah biar gamba yang bercerita tontoni saya di fb keyh hehe =)

tu dia aih panjang bebel haha ok la entry aku kali ni sengaja aku letak simply life sbb tringatkan simplysiti nye produk walaupon kesah ini takde la kene mengena pun ngan makeup tersebut =P

sesape pasan yakni member aku di YM aku dah jarang on9 kan? Sebenarnya ade kesah di sebaliknye huhuhu aku sngaja tggu mood stabil supaye cite aku tampak rasional chewahh haha

List kenapa aku buat camtu ;

1) org yg aku nk YM of9

2) org yg dlu2 bukan main tercari2 aku tp skang buat donnooo je

3) org yg tk amek tau pon pasal aku padahal penat2 je aku tanye kaba die :)

4) org yg takkan sms atau ape2 pon bentuk calling pada masa aku takde kredit

5) org yg dah jarang2 maupun tak penah2 tgk wall aku *tp aku tk paksa pun :)

6) ORANG YANG MENDIAMKAN DIRINYA PABILA AKU SMS ATAUPON CHAT SELEPAS ITU MEMBUAT MUKA TIDAK BERSALAH :)

7) org yg JUAL MAHAL & rasa dirinye bagus :)

8) org yg dikenang2 tp kenangan terindah semata2 :)

9) org yg cam ala2 tk ikhlas je kalau taknak sembang katakan saja TAK NAK kan senang :)

10) org yg anggap aku tkde la penting sangat ade ke takde ke sama je :)

mengenangkan kesah di atas, aku pun tringatkan 1 slogan yg penah aku ske dlu iaitu life is simple, lalu aku simplekanlah life aku, taknak aku amek tau mende yg remeh + temeh lagi, aku chat ngan sape yg sudi saja, aku sms ngan yg nak je, aku calling2 pun member je...

Demikianlah kata2 saya kali ini, sy mintak maap, ape tertulis cuma nukilan hati, da lama pendam, cuma tak terluah sbb hati ini nak kene jaga hati itu takut terasa habih hati aku camne?? asenye korang pun penah alami gak kan??? ='(

Tuesday, August 24, 2010

Untuk Dia

Terima kaseh buat pasangan adik beradik Khairun Nazihah Amir & Nurul Hidayah Amir yang introduce lagu nie, tk tawu nape tp cam ala2 bermakna gitu, cam terasa kena muka sendiri lak, hihihi, enjoy ;

untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--

saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala

aku punya manja kau saja boleh rasa


*amacam? korang nye pendapat?? aku pun tk tawu ni lagu sape tp best gak liriknye, peace (^_^)v

Saturday, August 21, 2010

Kau Renung Aku Tenung (^_^)v

Aku terpikir utk kongsi cite ni bile diingat2 balik ase cam best je. Peristiwa ni berlaku beberapa ari lepas. Kat kampung aku skang asalkan tarawikh surau sangatlah padat. Waaaa syukur sbb sangat berbeza berbanding 3 tahun lepas yakni sejak kali terakhir aku join tarawikh semasa form 6 =)

Dann moreh mmg takyah cakap, boleh dikatakan SETIAP HARI ada saja orang sponsor. Ada macam2, mee rebus la, nasi ayam la (bapak aku sponsor khihihi), pastu ya ampunn macam2 la. Sangat MERIAH.

Aku ade 2 orang kawan dari UM diorang pon senyum bile tgk surau kami sepadat2 orang kampung smua datang. "Dah tak macam dulu" kata kawanku. hihihi ='). Dah tak mcm dlu tu termasuk la skang yang tk pernah dtg atau JARANG2 datang pun ade gak muka time RAMADHAN neh, ade yang malu2 azan, skang jd MUAZZIN, tunjuk je Insya Allah ade la yang bangun azan.

Okeh tu sikit ape yang berlaku tiap2 malam sejak awal Ramadhan lalu.

Ni cerita aku ngan sorang budak lelaki yang wajahnya sungguh comel skalik, wakaka ye lah camne aku tak cakap comel muka innocent + suci gitu hahaha.

Macam biasa bile dah habis terawikh ade makan2 takpon tapau je. Tibe2 aku pasan budak ni renung aku, eh dalam ati aku budak ni pehal, sekeh kang. wahaha owh honestly sy tidak suka MANJAKAN budak. die renung aku. Pastu aku TENUNG balik die. Lalu terjadilah peristiwa TENUNG-MERENUNG. Ingat aku nak kalah ke?? =')

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya budak itu TERMENGALAH jua dengan kehebatan aku hahaha. Sebenarnya aku nak marah je die "eh ko tgk aku pehal, tampar kang," kakaka garang tak aku?? tapi dek kerana tiba2 dia TERSENYUM aka MALU2 KUNUN aku pun TERSENYUM jua. dalam ati, "ek elle dak neh, hehehe"

Balik umah aku terbayang2 hal ni. Dalam hati aku kalaulah aku boleh balik ke zaman kanak2, Aku nak, sbb terasa sejuk je mata memandang BUDAK2 yang mukanya JERNIH ni. Aku nak jadi baik, belum terlibat dengan "dosa", belum tawu "gaduh" serta TAK SIMPAN DALAM.

Sekian saje bebelan saye kali ini. Selamat menghayati RAMADHAN AL-MUBHARAQ semua =')