Followers

Tuesday, December 6, 2011

BARAQAH = "BERKAT"

Dalam sebok aku menghitung apa yang dilalui selama alam kerja ni tetiba teringat wajah ayah ngan mak plak (ni tandanya weekend ni balik semanggol nie ;P). Bukan pa, pesanan ayah.

Aku bukanlah baik sangat tp apa yang aku nak kongsikan kali ni rasanya ada benefit buat kita semua.

Ayah selalu pesan, “hidup kalau nak BERKAT solat jangan tinggal”.
Pesanan ni dari awal alam remaja aku sampai skang asal aku balik je mesti mulut ayah tak lepas2 cakap pasal solat, bahkan soalan2 yang selalu ditanya “dah solat ke belum??” adalah soalan rutin tiap kali aku balik. 

Mak pun sama. Mak biasanya 1st person yang kejutkan aku ngan adik aku untuk solat subuh. Tp disebabkan suara mak merdu biasanya aku jaga dan melelapkan mata semula. Dan lepas tu ayah kalau sapa tak bangun bukan Ust. Jaraih le gamaknye hehehe (“,)
Saya cuma mahu mengajak kalian sama2 renung semula ke dalam diri, adakah kita selama ini meletakkan perintah-Nya di tangga pertama.

SOLAT

Aku taknak cakap pasal lain, tp pasal satu perkara yang WAJIB kita lakukan SETIAP HARI. Di sinilah nilai KEBERKATAN yang selalu ayah tekankan. Ayah kata, “Kerja pi lah ribu – ribu gaji sebulan tapi kalau TAK SOLAT, TAK BERKAT jugak~”. Lalu dibariskan contoh2 TAK BERKAT maksud ayah. Macam – macam contoh TAK BERKAT nie, contohnya kalau ang gaji ribu2 sebulan mesti ada ja yang tak cukup. TAK CUKUP itu TAK CUKUP ini, hidup TAK TENTERAM, ROSAK itu ROSAK ini. ROSAK KERETA kene repair, ROSAKLAH HARTA ITU HARTA INI dan asyik rasa RUGIIIII manjang. Itu lah contoh2 yg ayah cakap atau dalam erti kata lain asyik rasa TAK PERNAH CUKUP.

Nah, skarang compare ngan sorang Ustaz yang gajinya tak sampai RM1000 (pada beberapa tahun lepas la) tp dalam setiap bulan tak pernah mengeluh. Rasa cukup itu disebabkan tiba2 ada rezeki yang datang walaupun di dalam kesempitan. Boleh jugak dikatakan MURAH REZEKI, Insya Allah. Cuma yang nak kena berfikir sendiri adalah kita, sebab Nikmat Allah S.W.T itu sangat luas.

Baiklah, saya harap apa yang saya kongsikan dapat menjadi ingatan buat kita semua. Lepas ni kalau rasa2 solat tak pernah cukup, cukup2 kan lah. Bermula dari SUBUH sampailah ke ISYA’, bagilah full 5 waktu sehari semalam. Kat dunia memanglah kita boleh bagi alasan kata tak sempat la ape la tp DI SANA dapatkah alasan kita DITERIMA???

6 comments:

  1. bukan baraqah cik abang.. Barokah haha.. betui tu..keberkatan bkn pda nilai wang tp cukupnya rzeki yg Allah bg

    ReplyDelete
  2. OoO tp spelling kat sini pusat tahfiz sini tulih camtu cek record balik la hehehe ;)

    ReplyDelete
  3. Amoih nurusaurus, siap ada 'cikabang' lg :-) yup, gaji ribu riban,kalo x solat mmg x berkat

    ReplyDelete
  4. dia memang patut panggil aku abg in term of usia kan? ;D

    ReplyDelete