Followers

Friday, December 9, 2011

::: Yang Jauh Yang Dekat :::

“Ang tak yah pi belaja la sepol, jauh sangat unimas tu~”
“Tu dia aih, kat Sarawak nu tak mau mau”
“Tak tau la hang duk kat pedalaman la”
“Kalau aku takmau belajaq jauh – jauh, susah pi balik kalau urgent camna”

Senarai di atas merupakan conversation aku dengan beberapa responden yang berkenaan sebelum aku tetap jua melangkah kaki ke UNIMAS tersayang aku.

Satu pengakuan untuk semua, satu – satunya student skola aku yang terlepas ke Sarawak pada era aku hanyalah aku, manakala kengkawan aku yg lain memilih untuk tidak memohon UNIMAS memandangkan universiti itu berada di seberang laut. Da lame jugak aku memikiokan hal ehwal ini, yang membuatkan aku berasa tersenyum hari ni ialah kerana segala yang dah terjadi sudah Takdir semuanya.

Ya lah, masa mula2 result UPU kluar, aku bagitau dapat UNIMAS + kat Sarawak, respon kengkawan ialah muka mereka seperti kaget ‘kejauhan’ namun aku tidak berasa plak UNIMAS tu jauh.

Sebenarnya dalam 2 minggu sebelum itu, aku dah pun menjejakkan kaki ke Sarawak, tp bukan sebab dah tau dapat UNIMAS, sebab aku dapat kakak ipar orang Sarawak, iaitu di Tanjung Manis, Sarikei (mintak maap kalau salah, aku agak2 je tp yg confirm kene mai Sarikei dlu).

Ok lah, selamat sudah aku menamatkan pengajian di sana, tidak dapat dinafikan ada di antara kengkawan aku (kawan2 baru la) yang tak tahan dan ada jugak yang 1 sem pun tak sampai. Tak tau lah sebab musabab mereka, kalau kerana tak mampu tu nak buat macam mana memang rezeki setakat tu je kot. Tapi ada jugak yang macam tak mau jauh langsung dengan tempat sendiri, belum 1 sem dah sebok mintak tukar universiti lain yang ala2 dekat sikit.

Haaa ni la pokok kepada persoalan entri kali ini, aku dapat tau ramai yg kene pi keje kat sana. Ada yang daripada zaman skola, sambung matrik, sambung degree dekat ngan kampung last2 kene keja kat Sarawak jugak which is semasa aku jumpak dia aku dah termasin mulut cakap ala takpe nanti ang keja mesti kat Sarawak jugak, aku takpe 3 tahun je *bleh plak kan~ hahah

Dan tidak kurang ada jd askar la, bahkan sepupu aku dah menetap di Pending sejak awal beliau memulakan tugas sampai la da kawin di sana.

Dan sekali lagi, semua yang dah berlaku adalah Takdir, so no matter what janganlah kita berasa gundah kalau sesuatu yang kita tak jangka tu DAPAT kat kita. Aku dlu pun tak menjangka (tp masa lalu kat sana nampak signboard unimas terus lam hati terdetik aiii macam nak dapt UNIMAS je) dan tup tup memang kene sana.

Dengan hati yang ikhlas + redha + yakin bahawa semua ini sudah ketentuan, aku pegi jugak, aku langsung tak peduli kata2 tertentu yang macam memperlekeh “biasa yang jauh2 ni tak berapa pandai” sedangkan orang yang mengeluarkan kata2 seperti itu sebenarnya ‘TENGOK’ UNIMAS pun TAK PERNAH.

Khas untuk 1 blog sorang student UNIMAS yang punyalah tak puas hati beberapa bulan lalu, kalau rasa nak belajar buatlah cara belajar. Ini tak kena itu tak betul sampai ke tahap kereta sewa ngan passport (dokumen perjalanan terhad) pon nak dipersoalkan, baik berhenti je lah. Selagi hati TIDAK DIBUKA maka selagi itulah susah untuk dapat ILMU di sana. Seiring dengan kata2 maaf beliau, saya harap beliau belajar something dari semua keterlanjuran kata2 nya. 

Wassalam…

2 comments:

  1. betul2.... jauh perjalanan...luas pemandangan!

    ReplyDelete
  2. owh anda pon dari sarawak mari ke semenanjung nak~ hehehe :)

    ReplyDelete