Followers

Saturday, June 11, 2011

Ibu Saudara Dari Indonesia =')

Hal ehwal ni aku tau sejak dari tahun lepas, iaitu semasa makan nasi bersama keluarga. Sambil bersembang ringan, tiba2 ayah kata ada kakak beliau dari Indonesia pernah datang Malaysia suatu ketika dulu. Hajah Rohani namanya, dari Banjarmasin. Mak Long (mungkin) adalah saudara sebapa dengan ayah.

Aku katakan mungkin sebab tak pernah jumpa dengan Puan Hajah Rohani, iaitu kakak ayah aku, kalaulah pangkatnya sulung, mesti la Mak Long aku kan =’(

Itu la yg cuba diceritakan, yang pernah jumpa cuma abg sulung aku, itupun masa kecik, dah tak ingat dah muka camna. Mak Long datang masa tu sebab katanya dekat Banjarmasin takda orang nak uruskan harta Atok. Ayah ngan Pak Su merupakan pewaris la kalau camtu, cumanya arwah tokwan aku kawin ngan arwah nenek aku kat sini, kat Malaysia.

Kalaulah Mak Long masih ada di Indonesia, hajat hati nak sangat berjumpa, ya lah dah Mak Sedara kan. Ntah camna sekarang. Salasilah keluarga aku sebenarnya memang kaum Melayu Banjar ni dari Indonesia, cumanya, aku ni dah generasi ke berapa aku pun tak tau. Ada lagi orang tua kampung ni bleh la ceritakan bagaimana orang dlu datang ke sini naik sampan je~ teroka kampung – tinggal di sini – kawin wanita tempatan = hidup aman & makmur =’)

Sebab tu la dalam beberapa kondisi, aku bukannya senang sangat melihat beberapa perbalahan antara dua negara yg disebut di atas, sebab kalau dikaji2 tengok skali darah daging dari sana jugak, takpun yang di sini pegi sana, kita kan serumpun, kan lebih molek kalau bersatu =’)

Menyentuh bab di sana, suatu masa tringin jugak aku nak ke Riau melihat serta mendengar sendiri Bahasa Melayu yang dituturkan di sana, sama ke tak ngan kat sini. Mesti best kan~ =’)

2 comments:

  1. kita semua serumpun..sbb kte sume satu Pencipta ya itu Allah Swt. Tuhan kita bersama. ana setuju...

    ReplyDelete
  2. kalau ada saudara mara dari negeri seberang mohon salam silaturrahim kembali ya ehehehe (",)

    ReplyDelete