Followers

Sunday, June 19, 2011

Duit Diconteng Yang Tak Laku

Duit di atas merupakan duit yang saya terima dari sebuah stesen minyak berdekatan dengan rumah saya. Sepanjang ingatan saya, hari & tarikhnya ialah Ahad, 12 Jun 2011. Tujuan aku memuat naik gamba ini bukan disebabkan rasa cemburu atau jeles, tapi disebabkan satu rasa ingin berkongsi dengan anda apa yang telah berlaku sebaik saya cuba menggunakan semula duit ini.

Seperti duit2 yg lain, biasanya duit dengan nilai RM1 sememangnya ada dalam dompet aku, sebenarnya aku dah perasan masa pekerja pam tu kasi aku duit balance tapi ntah kenapa aku amek ringan plak dan menyimpannya dengan kemas di dalam dompet.

Pada satu masa dan ketika, aku cuba menggunakan semula duit ini di sebuah stesen minyak yg lain, iaitu dekat Changkat Larah, Taiping. Seperti yang dah diagak, abang tu dengan pantas membelek duit itu dan bertanya, “dik ada duit lain tak? Duit ni kalau bg bank pun depa tak mau~”. Aku tak cakap pe pown, sebab dah agak dah mesti tak mau, lalu dengan mulut yg diam aku bg duit lain sambil mengambil balik duit tadi.

Ya itu la yang nak dikhabarkan, benda ni takdak la besar mana, hanyalah sebuah kisah duit yang diconteng yang kemudiannya tak laku lagi. Jadi kepada anda yang mungkin belum kena, beringatlah, sentiasalah belek duit baki anda setiap kali membuat urus niaga dan mengucapkan terima kasih selepas itu~ =D

P/S : Kalau duit RM1 takpa jugak, kalau RM100???, pikiaQ la sendiri hehehe (“,)

4 comments:

  1. hahaha tau takpa disimpan moleknyeee =D

    ReplyDelete
  2. yup btl 2...da pnh kene RM10...nk tukr blk kat kedai 2...tp die xnk, mcm2 alasan die bg...huh!

    ReplyDelete
  3. tu die kalo RM10 byk tu huhuhu cakap die tak halal la camnie hehehe

    ReplyDelete