Followers

Monday, May 9, 2011

Pemergian Allahyarham Pak Long

Hari yang sepatutnya ceria serta dirangcang penuh warna ini dengan tiba-tiba bertukar menjadi sebuah HARI KESEDIHAN. Itulah yg dpt aku simpulkan. Kisahnya berlaku dengan sangat pantas.

Baiklah saya mahu cerita 3 PERISTIWA BESAR yang berlaku pada tarikh anniversary kelahiran aku ni, secara ringkasnya bolehlah aku catatkan bahawa hari ini lah hari ulangtahun kelahiran aku, dan buat beberapa ketika pastinya aku gembira menantikan hadiah (kalau ada la) dan ucapan2 kt wall fb tu, cumanya aku tak dapat on9 pada masa kejadian, jadinya aku pendamkan saja.

Dengan tidak disangka2, cousin aku memilih tarikh ni gak untuk melangsungkan perkahwinannya iaitu di Kemaman, Terengganu. Kebetulan tarikh ini merupakan extra keseronokan aku sebab selain hari lahir, hari nikah kawin cousin aku la pulak. Sebenarnya plan awal mak yg nk pi, tp last minit tk jd plak aku jugak kene ganti lam 5 minit siap2 jalan.

(Jumaat, 6 Mei 2011)
Perjalanan ke Terengganu rasanya ala2 lebih kurang je ngan lain2 perjalanan yg pernah aku tempohi (sebab aku kan suka travel zaman blaja dlu). Kami tak terus ke Terengganu tp singgah di rumah abg sepupu aku kt KL sebab nk kumpul sedara2 lain yg nk join gak. Well, petang jumaat tu kami gerak merentasi Lebuh Pantai Timur, merentas Pahang sebelum Kemaman.
Dalam kol 9 kami sampai rumah bakal pengantin. Ala2 sambut mana yang patut tuan rumah layan, kami pun makan malam. Tuan rumah buat masak lemak perut kerbau ngan masak lemak sayur gobis sambal dll. Memang sedap, aku menambah utk kali kedua, tambah plak sume tgh lapar masa ni, bertambah sedaplah jadinye…

Aku nampak ayah ngan Along (Pak Long) sangat berselera. Ayah menambah, Along tak tapi sempat arwah bagitau sedap lauk malam ni, rasanya melihatkan cara makan pun boleh tau mmg arwah Along suka makanan malam tu.

Habis je makan, terus kami dipandu ke sebuah rumah yang disediakan bakal bisan arwah Along. Satu rombongan baring2 melepaskan penat masing. Ade gak yg sambung makan lam kol 12 camtu sebab mmg ade bawak bekal, tak dimakan kang bazir plak kan.

Sembang2 mane lebih kurang, kami pun tidur. Aku tak tau arwah Along tidur kat mana tp sebelum tidur sempat aku tengok arwah isap alat asma tu (alat isap yg org asma kene isap tu). Dalam ati aku tak la syak apa2 sebab mmg dah biasa nampak arwah isap alat tu.

Sebenarnya aku tertunggu turn mandi tp dek kerana bilik mandinya 1 + airnya slow + orangnye ramai jadinya aku setakat bukak baju je la baring2. Dua tiga kali pejam celik bangun jap pikio nk mandi ke tak last2 penat aku tunggu belasah tido je. Dalam 2.20 camtu aku tersedar balik. Badan aku menggigil ala2 lam peti ais sebab pusingan laju si kipas elikopter, dengan penuh rasa mengantuknya aku membangunkan diri mencapai baju mana yg patut buat selimut. Masa ni langsung tak ada apa berlaku.

2.45 am (Sabtu, 7 Mei 2011)
Sedang aku terus lena, tiba2 aku TERBANGUN bila mendengarkan suara kecoh Abg Sirun di bilik mandi, bukak2 je mata terus aku nampak Pak Long aku dalam keadaan terlentang atas lantai. Abg Ayum pun tersedar gak dengan pantas angkat pak long ke sisi dinding (sebelah aku) sama2 ngan Abg Sirun. Dalam kondisi aku tengah mamai tu tiba2 ayah terjerit2 dari biliknya jugak terus meluru ke Pak Long.

Tak berenti ayah kata patut la beriya-iya ajak ayah pegi sekali, sebab mmg tiada org tua lain yg ikut. Masa Pak Long datang rumah ajak ayah bagitau kerja banyak (menanam padi) tak dapat pegi kut. Pagi esoknya ayah jalan pegi rumah Pak Long dan tak lama lepas ayah balik, arwah datang rumah pulak. Kali ni ayah ubah keputusan bile Pak Long kata “karja saja kada habis, takpa tulakkah aku sanggup nambangkan bertiga. Amun kauk kada tulak sapa nk ngawanik aku, kaina kalau ada apa2 nyaman. = “Kerja mmg tak habis2, takpe pegi lah takpa aku sanggup bayar tambang bertiga (ayah, mak, aku) Kalau kau tak pegi sapa nak temankan aku, mana ada orang tua lain yg ikut, lagipun kalau ada apa2 senang... *ayah ialah Imam Masjid” demikian lebih kurang2 kata2 Arwah Pak Long sebelum berangkat ke KL. :tapi masa ni aku takda lak rasa nak pegi sebab tu Ghani cuma belikan tiket 2 iaitu utk mak ngan ayah.

Suasana time ni aku pon tak tau camna nak cakap. Smua orang terjaga. Semua org keliling Pak Long. Aku paling dekat ngan kepala arwah. Sambil menangis2 ayah trus mengajarkan Kalimah syahadah pada Pak Long. Aku sendiri nampak Pak Long dalam keadaan cukup nazak. Matanya tak lagi bersinar cam biasa, dah keruh rona mata. Sekali sekali Along still amek nafas. Aku menjadi saksi pada semua ini.

Ayah tak henti2 mengajarkan kalimah syahadah. Dalam pada aku sesungguhnya blur apakah semua ini BENAR??? Apakah BENAR Along nak meninggal??? Sebab tiba2 ayah soh call semua abg aku soh call mak soh call org kampung. Terketar2 aku cari enset telefon seorang demi seorang.

Aku call mak, aku katakan Along dah meninggal, berkali2 aku bagitau mak tetap mahukan kepastian sampai la mak betul2 yakin dan faham apa yg aku sampaikan. Aku call gak abg aku, yg mmg kebetulan balik kampung. Mula2 aku katakan yg Along tengah teruk, disebabkan abg aku yg sorang ni mmg rajin wat therapy kt KL die soh la urut2kan bahagian tapak kaki beberapa kali sambil baca selawat, sebab katanya itu bahagian pernafasan, jantung dll. Aku buat semua tu, aku buat, aku urut kaki Pak Long. Tapi, tiada siapa dapat menafi kuasa tuhan…
Dalam sebok aku urut2 tapak kaki Pak Long, aku nampak Pak Long dah berhenti nafas. Dah menghembus nafas terakhir… Aku tergamam di kaki jenazah dalam keadaan yg tak tahu apa lagi nak dilakukan.

Seluruh keluarga aku sedih sama sekali. Tambah2 hampir semua anaknya ada di sisi. TAMBAH2 ANAKNYA YANG BAKAL BERNIKAH MENJELANG PAGI = GHANI. Tak semena2 menangis Ghani di sisi ayahnya. Semua yg lain menangis. Selang beberapa minit datang BAKAL BISAN pak long, datang gak BAKAL MENANTU Pak Long. Melihat sendiri. Langsung tak sempat buat apa2, nk dibawa ke hospital mmg sah Pak Long sangat nazak. Semuanya sangat pantas.

3.05 am (Sabtu, 7 Mei 2011)
Aku call lagi sanak saudara lain yg dapat dihubungi, semuanya dimaklumkan. Anak2 Pak Long sendiri tak henti2 call. Paling memilukan pabila terpaksa call dua orang cousin aku yg bongsu ngan kakak die yg jaga rumah kat kampung. Tak dapat dibayang perasaan mereka. Dah la Pak Long skarang jauh di Terengganu.

Ayah call sorang lagi bapa saudara aku di Jengka, Pahang. Katanya tak payah lah bawak jenazah balik, Lagipun macamana, Perak dan Terengganu sangat jauh. Ayah tetap putuskan jenazah Pak Long dibawa balik. Bincang punye bincang, Mak Long ngan anak2 setuju saja dengan keputusan ayah.

Sempatlah Kak Piah bacakan Yassin, kemudian aku. Tak lama sampai pulak polis amek statement tanye mane lebih kurang. Balik2 je polis, Imam plak sampai. Bincang punye bincang, ayah setuju Jenazah diurus & disolatkan di sini (Kemaman) dahulu. Dalam pening memikirkan cara terbaik membawa jenazah tiba2 je kami dapat tau ada Van Jenazah yg boleh bawa jenazah terus ke Perak. Van dari Pejabat Agama dengan kadar bayaran yg wajar.

Selesai subuh, kami dua kereta balik dlu. Ayah tinggal di sana uruskan jenazah. Mujurlah ayah yg pegi, sebab ayah dah biasa menguruskan jenazah di kampung. Kat sini tiba2 ayah faham patut la beriya2 pak long ajak pegi sama, memang rasanya dua tiga kali jugak la mai pi balik rumah ajak ayah pegi sama. Dalam keberatan nk pegi (sebab kerja banyak) kat rumah ayah pegi jugak tak apalah kata ayah kesian melihatkan along sungguh2 ajak.

Di sana ayah yang memandikan, mengkafankan, serta turut solatkan jenazah. Imam di sana pun ada jugak. Hairan melihatkan ayah bertindak cam dah banyak pengalaman, bila diceritakan ayah mmg Imam dan biasa uruskan semua ni, barulah semua faham. Ayah cuma perlukan kalau tak silap 5 orang pembantu, termasuklah cousin2 aku yg still kat sana.

Sementara aku ngan abg helmi trus ke KL. Kami singgah jap Shah Alam amek baju2 mana yg nk tambah dan trus balik kampung pulak. Kami beberapa kali tukar position drive keta sebab abg helmi mengantuk. Mana tak mengantuk, bayangkan sepetangan sampai malam gi Terengganu. Sempat tido rasanya dari pukul 12 malam sampai kol 3 pagi je, lepas tu tak tido2 dah. Lepas subuh tu kami balik kampung plak. Bolehlah aku katakan kami tak jumpa siang pun di Terengganu.

Sampai kat R&R Tapah, rehat lebih kurang solat jamak sat dalam pada duk berehat tu van yg bawak jenazah sampai gak. Di sini aku mcm ternanti2 pak long, aku jenguk van, mmg sudah jenazah. Sekali lagi aku terasa sedih bila mengenangkan masa pi arwah bukan main sihat tapi yg balik skarang ialah jenazah. Aku tengok mak long menahan2 air mata. Dalam kereta tadi tak tertahan2 jugak menangis sorang2 kt belakang. Runsing mak long mengenangkan semua kejadian ni, manakan tidak, dengan hari ni la anak nikah, hari ni jugak la pak long meninggal. Berani aku katakan, mak long mmg tabah, masa jenazah baru saja menghembus nafas terakhir kat sana pun mak long masih rasional bincang2 dengan ayah camna nak uruskan jenazah. Ye la kalau org lain aku tengok selama ni dah tak tahu nak buat camna. Yang buat sedih lg bila mak long kata sapa la nak antar aisyah (cucu) pegi skolah lepas ni, naik basikal tak reti…

Dalam pada e2, kami dalam kereta tersebut2 tentang Ghani yg kene nikah ari ni. Nak buat camna dah sampai masa kata mak long. Semoga sepupu saya Ghani tabah di Terengganu. Saya tak dapat bayangkan perasaannya bila terpaksa nikah & kawin pada hari ni jugak, tapi ye lah kita tak tahu semua ni, sesuatu yg sudah ditakdirkan. Orang sana dah susun semuanya dengan rapi nikah mesti diteruskan. Berita yg sampai ke sini, dua kali jugak la nak lafaz nikah, mana nak terlafaz bila terkenangkan jenazah ayah di kampung… Alhamdulillah, selamat juga proses nikah dalam suasana yg sederhana…

Sampai kt ipoh, aku tukar drive lg ngan abg helmi, sementara dia bawak tadi sempat jugak kereta tersentak jap, agaknya dia tertidur kut. Alhamdulillah takda apa2 jadi, berdebar jugak aku kami suma dah tido.

Dalam kol 4 kami sampai kampung, aku singgah rumah mandi siap2 trus pegi rumah arwah. Ramainya orang tunggu. Tak muat dalam, kt luar pun ramai ngan orang kampung tunggu jenazah sampai. Melihatkan nak dekat asar dan jenazah nak sampai kejap je lagi aku balik semula pakai baju raihan satgi bleh join solatkan jenazah.

Jenazah sampai lam kol 4.45 petang lepas asar. Kami tlg angkat jenazah masuk rumah. Ramai orang tlg. Bagi memberi ruang pada waris2 yg kt sini utk menatap wajah arwah bt kali terakhir, kami buka ikatan kafan pada wajah arwah. Sebak bila melihatkan dua cousin aku yg tinggal kat sini menangis menyambut jenazah arwah. Ayu dan azean masing2 adalah dua anak terakhir arwah. Mereka berikan ciuman terakhir pada wajah arwah, same ngan waris2 lain. Aku tak lepaskan jugak peluang ni, sememangnya ini la kali pertama dan terakhir aku cium pipi dahi ngan pipi arwah.

Alhamdulillah, jenazah selamat disolatkan dan kemudian disemadikan di tanah perkuburan kampung aku. Ramai orang yg mengiringi jenazah ke kubur. Saya mendoakan semoga arwah aman serta dalam kalangan orang2 beriman di sana, Insya Allah. Sanak saudara maupun kawan2 yg membaca entry ini marilah kita sama2 sedekahkan al-Fatihah buat arwah… Wassalam…

2 comments:

  1. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman....Tuhan lebih menyayanginya.....

    ReplyDelete