Followers

Friday, May 13, 2011

Di Sebalik Pemergian

Jumaat, 13 Mei 2011.

Hari ni hari Jumaat. Ya semua orang tahu hari ni JUMAAT. Namun bagi aku, Kali ini, tiada lagi seseorang yg punya peranan setiap kali Jumaat. Allahyarham Pak Long. Arwah ialah seorang BILAL di masjid. Itulah yg aku maksudkan. Tambah sayu bila melihatkan ruang namanya pada JADUAL BERTUGAS BILAL serta CARTA ORGANISASI MASJID sudah dikosongkan, termasuklah gambarnya.

Selalunya lepas Maghrib, lepas solat sunat Bakdiah, terus arwah ke Balai Lintang sebab ada minum2 kopi, milo, teh dll skit. Selalu jugak aku tuangkan ke cawan arwah. Sementara menunggu Isya’. Biasanya banyak yg disembangkan, tak sunyi la kiranya.

Selesai solat Jumaat tadi, Imam (Pak Su Hamdi) bangun dan katanya, kite kehilangan seseorang yg sangat kita sayang, iaitu BILAL kita, arwah Arshad serta seorang anakanda Zainal *sorang lagi pemuda kampung aku meninggal kemalangan, jd sehubungan itu marilah kita sama2 sedekahkan ALFATIHAH buat kedua2 arwah…

Seingat aku la, seminggu sebelum pegi Terengganu ada sempat arwah azan utk Solat Jumaat, itulah azan terakhir arwah. Sekarang, dah seminggu pemergian Arwah Along, saudara mara maupun orang kampung masih terus bercakap tentang pemergian arwah. Ada yang betul ada yang tidak. Selaku orang yang betul2 ada semasa kejadian, ada beberapa perkara tiba2 megejutkan. Ya lah, tiba2 ada yang kata arwah pak long sempat dibawa ke hospital, dan meninggal di sana, tapi sebenarnya tidak. Tak sempat pun. Mulut ke mulut yg bercakap sebab tu la ia menjadi versi yang semakin lama semakin berbeza, yg penting arwah aman di sana, Insya Allah.

Cuma apa yang aku rasa nak kongsi di sini ialah bila sembang2 dengan cousin aku sendiri yg ada di kampung ni, iaitu cara arwah menghembus nafas terakhir. Yang membuatkan aku terfikir balik, lantas memacu rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana mentakdirkan cara arwah along meninggal dunia.

Malam tu, aku duduk di tepi along masa makan di rumah BAKAL MENANTUnya. Bukan main berselera aku nampak arwah makan, dengan aku2 menambah *sebenarnya memang semua orang lapar maklum la jalan jauh. Tapi, aku dapat bezakan makan untuk kenyang dengan makan yang “menikmati” makanan tersebut. Boleh aku katakan memang nampak arwah Along makan dengan penuh nikmat, walhal bukannya banyak sangat arwah makan, tapi itulah yg disebut2 sampai ke rumah penginapan. Memang aku pun tak nafikan sedap betul masak lemak perut kerbau malam tu + ikan kering + sayur gobis *kalo tk silap dll.

Sebenarnya, kat sini pun arwah tak banyak cakap, yang banyak cakap ayah aku ngan bakal bisan arwah. Memang tumbang kerbau seekor *pak cik tu kata berat 270Kg. Jadi, takpelah mungkin arwah mmg pendiam kut, aku tak la menyimpan rasa pelik sangat sebab mungkin arwah penat. Kalau di kampung suasana bertambah seri dengan kehadirannya.

Bila cousin aku kata sebenarnya mungkin arwah meninggal bukan sebab JATUH BILIK AIR, tapi sebab sememangnya masa tu dah sampai, iaitu nyawa ditarik bermula dari KAKI, sebab tu arwah jatuh. Mula2 nyawa ditarik dari kaki, pinggang, kepala, mata, last skali telinga katanya. Jadi bila kaki ditarik dlu, sebab tu arwah jatuh sebab dah kebas. Tapi, jatuh tu akan menjadi sebab orang kata arwah meninggal SEBAB jatuh bilik air. Aku terfikir kebenaran andaian Ayu (cousin aku)ni. Malam tu aku tepon plak kawan aku, Cik Ziha, dan kata2 lebih kurang sama ngan cousin aku, owh jadi ada betulnya kata2 mereka…

Masa arwah betul2 menghembus nafas terakhir aku takdak sebab sebok telefon sedara mara, ayah aku plak cerita ALHAMDULILLAH, arwah follow KALIMAH LAILAHAILLALLAH dengan menggenggam erat tangan ayah sampai la perlahan2 terlepas dan… arwah meninggal di sisi adiknya. Tiada siapa dapat menahan air mata pada masa ini. Maksudnya, arwah sempat ada INTERAKSI dengan ayah, kata ayah, arwah sempat respon menganggukkan kepala 2 kali bila ayah suruh beringat & ajar kalimah tersebut. Mungkin ni la yg buat aku BLUR habis masa abg aku tanya kau biar betul Pol, aku takut salah dengar nie.


Kata Abg Sirun (Abg Sirun bukannya tidur sangat), sempat ditegurnya Along. Sebelum tu Abg Sirun dengar Along isap alat asma tu dua tiga kali. Tak tau lah sebab tu ke tak, lepas tu Arwah Along bangun. Abg Sirun tanya nak ke mana tapi arwah senyap. Tak lama tu yg dengar bunyi jatuh (bunyi jatuh bilik air). Bila dijenguk saja arwah sudah terlentang. (Masa ni aku tengah mamai2). Lepas tu yg diangkat arwah ke sisi aku dan terus diajar kalimah syahadah oleh ayah…

Aku nk kongsi gak apa yang orang2 sekeliling kata “tanda2” arwah nak meninggal. 1st, org cerita kat masjid selalu arwah menyanyi lagu nasyid Selimat Putih. Tiba2 aku teringat, laaa masa arwah nyanyi, aku pun ada, tp aku wat tak kesah la sangat sebab lagu tu mmg familiar trutama org2 tua kt kampung nie.

Kemudian bila cousin aku cerita yg mak long aku 2 3 kali TERSEBUT panggilan “arwah ayahmu” sedangkan masa tu arwah hidup lagi, tersentak2 juga mak long kenapa asyik tersebut macam tu.

Masa dah suntuk, yg ni Ayu cerita plak *dia nak kahwin InsyaAllah by this July, 2011. Nak kawin mesti la kene isi borang Nikah Kahwin pejabat agama tu kan. Katanya masa tu dalam kelambu lagi, Pak Long kata “Lakasik yuk borang mana borang aku ni masa dah suntuk ni” (Cepat yu borang mana borang aku masa dah suntuk dah ni). Dalam kedaan baru bangun tido tu Ayu tercari2 borang kahwin, lepas tu yg Pak Long mai rumah aku plak, betulkan beberapa kesilapan, terutama Nama Wali ngan Nama Ayu sendiri, tertukar la pulak. Semua tempat yg perlukan tandatangannya, dengan pantas arwah sain. Memang dah tak perlu dua tiga kali kerja la kiranya. Tak menyempat-nyempat bila kene sain saksi ke dua, jiran depan rumah aku, no kad pengenalan die takda pastu kene sain jugak, di sini arwah macam tergesa2 nak pegi dapatkan no. IC ngan sain saksi 2 tu. Well, takpelah kataku dalam hati, lagi cepat settle lagi bagus. *memang cepat, bayangkan nak kawin bulan 7 tapi borang semua dah settle!

Pastu kat rumah Abg Ayom, tak pasti org perasan atau tidak “perubahan” arwah. Macam tak dapat bagi tumpuan pada satu2 perbualan. Macam ada “benda lain” yang difikirkan. Tengah orang sebok sembang2 satu keluarga, arwah masuk bilik berehat. Tak lama, pindah bilik lain pulak. Kebetulan bilik tu bilik aku letak beg aku semua. Jadinya barang2 personal aku pun ada skali la, termasuklah jam aku. Jam ni la yg bukan main lama ditenung arwah. Aku masuk bilik, aku keluar bilik, aku masuk lagi siap2 nak mandi, dah siap mandi pun masih lagi ditenung arwah tanpa bercakap apa2 pun. Lama tak lama bayangkan la sampai aku betul2 dah nak jalan pegi masjid baru arwah bagi jam tu kat aku, katanya, “nah kau nak pakai pegi masjid.” Sempat la jugak aku cakap sebelum tu jam murah je Long, RM18 pekan Rabu je beli lebih kurang…

*Jam ni la yg direnung oleh arwah Pak Long, waktunya pun lebih kurang iaitu masa tu dekat2 waktu zohor.

Inilah antara perbualan2 yg sentiasa meniti di bibir penduduk kampung, manakan tidak arwah meninggal tanpa sakit apa2 pun. Cuma lelah sikit ada la, tu yg aku nampak malam kejadian sebelum tido arwah sempat isap alat asma tu..

Ada 1 lg, masa ayah tanya Mak Long ada ke duit sikit2 nak uruskan arwah ni, Mak Long kata takda. Pastu check la dompet arwah sebab nak cari kad pengenalan nak pegi buat report kematian. Tengok2 dalam dompet + poket seluar arwah ada RM2400. Masya Allah. Semua “tanda2” yg arwah tunjukkan seolah2 nak bagitau kat orang2 sekililingnya yg arwah dah tak lama, tapi sapa yg perasan benda ni kan. Setelah dah meninggal, baru la kita terfikir itu la ini la. Boleh dikatakan semua ini sebenarnya mungkin KEBETULAN, cuma kita yg tak perasan…

Sampai skarang, tiap kali aku pegi masjid, seolah2 macam ada je arwah di sana. Bayangannya bagaikan wujud di ruang solat, balai lintang, tempat parking moto dll. Kat surau pun sama, ari Rabu lepas, tempat yg aku duduk tu la tempat yg arwah suka duduk mengadap Imam dalam Majlis Ilmu Mingguan. Dlu kat masjid, selalu arwah suruh aku azan, tak sangka skarang aku rindu pada suara itu. Apa yg arwah Pak Long suruh, aku anggap macam ayah aku yg suruh. Sebab tu la aku pegi azan walaupun dalam hati aku mengharap orang lain azan gak *sebab bilal dah ada ngan ada sorang budak suaranya boleh tahan rajin gak azan…

Semua tu dah berlalu dan jadi kenangan dalam hidup aku. Pastinya aku tak dapat lupakan insan yg sangat dikasihi Allahyarham Pak Long.

*Satu2nya gambar arwah sedang sujud kat masjid kampung aku sebelum menunaikan Solat Jumaat pada Raya lepas, gamba ni lah yg membuatkan aku terkenang2 arwah kat masjid manakala banyak lagi gambar2 arwah boleh dikatakan semuanya tersenyum, molek kalau aku simpan dalam galeri peribadi aku saja, yang lebih penting, semoga arwah mendapat keampunan serta keredhaan Allah S.W.T.

"Ya Allah, ampunilah segala dosa arwah, tempatkanlah arwah dalam kalangan orang beriman serta mendapat redha-Mu, InsyaAllah", Al-Fatihah...
Wassalam...

2 comments: