Followers

Friday, December 9, 2011

::: Yang Jauh Yang Dekat :::

“Ang tak yah pi belaja la sepol, jauh sangat unimas tu~”
“Tu dia aih, kat Sarawak nu tak mau mau”
“Tak tau la hang duk kat pedalaman la”
“Kalau aku takmau belajaq jauh – jauh, susah pi balik kalau urgent camna”

Senarai di atas merupakan conversation aku dengan beberapa responden yang berkenaan sebelum aku tetap jua melangkah kaki ke UNIMAS tersayang aku.

Satu pengakuan untuk semua, satu – satunya student skola aku yang terlepas ke Sarawak pada era aku hanyalah aku, manakala kengkawan aku yg lain memilih untuk tidak memohon UNIMAS memandangkan universiti itu berada di seberang laut. Da lame jugak aku memikiokan hal ehwal ini, yang membuatkan aku berasa tersenyum hari ni ialah kerana segala yang dah terjadi sudah Takdir semuanya.

Ya lah, masa mula2 result UPU kluar, aku bagitau dapat UNIMAS + kat Sarawak, respon kengkawan ialah muka mereka seperti kaget ‘kejauhan’ namun aku tidak berasa plak UNIMAS tu jauh.

Sebenarnya dalam 2 minggu sebelum itu, aku dah pun menjejakkan kaki ke Sarawak, tp bukan sebab dah tau dapat UNIMAS, sebab aku dapat kakak ipar orang Sarawak, iaitu di Tanjung Manis, Sarikei (mintak maap kalau salah, aku agak2 je tp yg confirm kene mai Sarikei dlu).

Ok lah, selamat sudah aku menamatkan pengajian di sana, tidak dapat dinafikan ada di antara kengkawan aku (kawan2 baru la) yang tak tahan dan ada jugak yang 1 sem pun tak sampai. Tak tau lah sebab musabab mereka, kalau kerana tak mampu tu nak buat macam mana memang rezeki setakat tu je kot. Tapi ada jugak yang macam tak mau jauh langsung dengan tempat sendiri, belum 1 sem dah sebok mintak tukar universiti lain yang ala2 dekat sikit.

Haaa ni la pokok kepada persoalan entri kali ini, aku dapat tau ramai yg kene pi keje kat sana. Ada yang daripada zaman skola, sambung matrik, sambung degree dekat ngan kampung last2 kene keja kat Sarawak jugak which is semasa aku jumpak dia aku dah termasin mulut cakap ala takpe nanti ang keja mesti kat Sarawak jugak, aku takpe 3 tahun je *bleh plak kan~ hahah

Dan tidak kurang ada jd askar la, bahkan sepupu aku dah menetap di Pending sejak awal beliau memulakan tugas sampai la da kawin di sana.

Dan sekali lagi, semua yang dah berlaku adalah Takdir, so no matter what janganlah kita berasa gundah kalau sesuatu yang kita tak jangka tu DAPAT kat kita. Aku dlu pun tak menjangka (tp masa lalu kat sana nampak signboard unimas terus lam hati terdetik aiii macam nak dapt UNIMAS je) dan tup tup memang kene sana.

Dengan hati yang ikhlas + redha + yakin bahawa semua ini sudah ketentuan, aku pegi jugak, aku langsung tak peduli kata2 tertentu yang macam memperlekeh “biasa yang jauh2 ni tak berapa pandai” sedangkan orang yang mengeluarkan kata2 seperti itu sebenarnya ‘TENGOK’ UNIMAS pun TAK PERNAH.

Khas untuk 1 blog sorang student UNIMAS yang punyalah tak puas hati beberapa bulan lalu, kalau rasa nak belajar buatlah cara belajar. Ini tak kena itu tak betul sampai ke tahap kereta sewa ngan passport (dokumen perjalanan terhad) pon nak dipersoalkan, baik berhenti je lah. Selagi hati TIDAK DIBUKA maka selagi itulah susah untuk dapat ILMU di sana. Seiring dengan kata2 maaf beliau, saya harap beliau belajar something dari semua keterlanjuran kata2 nya. 

Wassalam…

Tuesday, December 6, 2011

BARAQAH = "BERKAT"

Dalam sebok aku menghitung apa yang dilalui selama alam kerja ni tetiba teringat wajah ayah ngan mak plak (ni tandanya weekend ni balik semanggol nie ;P). Bukan pa, pesanan ayah.

Aku bukanlah baik sangat tp apa yang aku nak kongsikan kali ni rasanya ada benefit buat kita semua.

Ayah selalu pesan, “hidup kalau nak BERKAT solat jangan tinggal”.
Pesanan ni dari awal alam remaja aku sampai skang asal aku balik je mesti mulut ayah tak lepas2 cakap pasal solat, bahkan soalan2 yang selalu ditanya “dah solat ke belum??” adalah soalan rutin tiap kali aku balik. 

Mak pun sama. Mak biasanya 1st person yang kejutkan aku ngan adik aku untuk solat subuh. Tp disebabkan suara mak merdu biasanya aku jaga dan melelapkan mata semula. Dan lepas tu ayah kalau sapa tak bangun bukan Ust. Jaraih le gamaknye hehehe (“,)
Saya cuma mahu mengajak kalian sama2 renung semula ke dalam diri, adakah kita selama ini meletakkan perintah-Nya di tangga pertama.

SOLAT

Aku taknak cakap pasal lain, tp pasal satu perkara yang WAJIB kita lakukan SETIAP HARI. Di sinilah nilai KEBERKATAN yang selalu ayah tekankan. Ayah kata, “Kerja pi lah ribu – ribu gaji sebulan tapi kalau TAK SOLAT, TAK BERKAT jugak~”. Lalu dibariskan contoh2 TAK BERKAT maksud ayah. Macam – macam contoh TAK BERKAT nie, contohnya kalau ang gaji ribu2 sebulan mesti ada ja yang tak cukup. TAK CUKUP itu TAK CUKUP ini, hidup TAK TENTERAM, ROSAK itu ROSAK ini. ROSAK KERETA kene repair, ROSAKLAH HARTA ITU HARTA INI dan asyik rasa RUGIIIII manjang. Itu lah contoh2 yg ayah cakap atau dalam erti kata lain asyik rasa TAK PERNAH CUKUP.

Nah, skarang compare ngan sorang Ustaz yang gajinya tak sampai RM1000 (pada beberapa tahun lepas la) tp dalam setiap bulan tak pernah mengeluh. Rasa cukup itu disebabkan tiba2 ada rezeki yang datang walaupun di dalam kesempitan. Boleh jugak dikatakan MURAH REZEKI, Insya Allah. Cuma yang nak kena berfikir sendiri adalah kita, sebab Nikmat Allah S.W.T itu sangat luas.

Baiklah, saya harap apa yang saya kongsikan dapat menjadi ingatan buat kita semua. Lepas ni kalau rasa2 solat tak pernah cukup, cukup2 kan lah. Bermula dari SUBUH sampailah ke ISYA’, bagilah full 5 waktu sehari semalam. Kat dunia memanglah kita boleh bagi alasan kata tak sempat la ape la tp DI SANA dapatkah alasan kita DITERIMA???

Monday, December 5, 2011

Berlagak?

Aku adalah kaki add sesiapa saja yang mempunyai karakter photographer dalam diri mereka. Tujuan lain takde cuma nak menambah kenalan serta bertukar2 pendapat, apatah lagi munculnya era facebook.

Namun, dalam ramai2 yg aku add, ade gak seorang photographer yg remove aku balik. Sebenarnya aku tak ketahuan pun perilaku beliau tu tp pada 1 masa & ketika ntah apa benda ntah nak tanya something nampak button ‘add as friend’ plak, jd secara summarizenya mesti la dia da remove aku kan~

Tindakan susulan kepada perbuatan beliau ialah aku terus block beliau. Jadinya tiada sesiapa yang menang atau kalah di sini kan??? Nampak cam aku yg menang sebab kalau remove still bleh tgk tp kalau block??? Nothing to do just smile~

Rupa2 nya bukan aku sorang kena, dalam rekod ada 2 kawan aku kene skali ngan kerenah beliau. Yang seorang sama belajar ngan aku dan sama tempat dengan beliau. Alkisah dalam 1 majlis, dia bawak kamera Nikon kesayangan dia tp terjumpak lak ngan abg photographer tadi. Disindir beb~, sementelah kawan tu bukannya belajaq foto pun, jd kalau guna direct flash merangkap built in flash tu biasalah, sama saja ngan org biasa yang pegang DSLR sebulan sekali. Kot mana pun, tangan kene ‘bg panaih’ gak dlu. Rasanya faham2 la org blajar ngan tak kan, tak payah la nak peril tau la kamera ang mahal, sampai kanan kiri tak cukup badan.

Baiklah tu old story, baru2 ni aku jumpak ngan sorang kawan lama. Risik punya risik rupanya nak buat wedding photo tp bajet kalau buleh nak low, ok lah aku available selagi brada dalam margin keuntungan. Story punya story terpacul lak crita pasal photographer yg saya sebutkan tadi. Dia yg story telling dulu, katanya kat Bagan aku da tanya dah aku nak soft copy je tp dia kata “kalau macam tu sapa nak amek”. Well, semenjak camtu dia kata, terus hati kawan aku tu cam panas la kan di dalam hatinya ‘ok takpe aku cari org lain’ : lalu muncullah saya di dalam senarai, aku kata eh why not?? Kalau nak yg biasa pun saya bleh, hehehe, legalah kawan saya itu mendengarkan kesediaan aku di hari bahagianya nanti.

Baiklah, back to our main discussion, aku tak berape berkenan la ngan abg photographer tu, artwork mmg agak bagus, tp ‘attitude’ macam ada yang tak kena la. Sorry la bang, saya pun tak tau kenapa, saya rasa kita takyah kenal pun takpe kot, hehehe kau adalah kau aku adalah aku, owh cam jahat lak aku tp aku tak la jahat sebenarnye. Aku da preview semua artwork beliau, rasanya apa yg dia buat tu aku pun buleh buat, tp aku takmau la mempunyai tahap keberlagakan seperti beliau. Bukan pa, ikut resmi padi makin berisi makin menunduk, kalau ikut ayam telor sebijik riyoh sekampung ye dak? Sebenarnya aku pun da lupe beliau tp disebabkan 2 org kawan aku td dah terstory telling tak pasal aku ingat balik. Ok lah sekian saja luahan ala2 emosi aku kali ni, paipaiiiiiii.