Salam Sejahtera, ntah camne sejak sekian lama aku terfikir dengan satu2nya peristiwa penipuan yang berlaku kt aku dua tiga empat tahun lepas (lupa2 ingat), disebabkan dah jenuh telefon dan bertengkar ngan diorang dan dah penat dengan semua helah PENIPUAN mereka, aku pun berkata YANG PENTING AKU TAK HALALKAN DUIT AKU, k lah kt sini adalah copy paste penuh dari satu blog lain yang mana ceritanya similar dengan aku, tujuan aku cuma nak kongsikan di sini agar takde sesapa dalam kalangan anda yang akan terkena, sama2 kita amek manfaat :
Kali ni aku nak cakap pasal satu benda yang amat menyakitkan dompet aku
(a.k.a hurting my wallet) iaitu Argung Privileges (Argung). Argung ini
adalah satu syarikat yang sinonim dengan 'vacation card' mahupun 'kad
diskaun pelajar'. Mereka menawarkan satu khidmat diskaun bagi
ahli-ahlinya yang nak melancong atau yang berkaitan dengan pelancongan,
macam nak booking flight ke, nak tempah hotel ke, diaorang dapat uruskan
pasal diskaun bagi ahli-ahli kad ni. Selain tu mereka turut menawarkan
bantuan kerosakan & tunda kenderaan, insuran kemalangan diri, pakej
pelancongan istimewa, diskaun pembelian membeli belah, spa kesihatan,
makanan dan minuman.
Tapi, aku tulis topik ni bukan nak promosikan Argung ni, tapi nak komen dan nak menyeru kepada anda, JANGAN JOIN KEAHLIAN PROGRAM INI DAN YANG SEKUTU DENGANNYA JIKA ANDA BUKAN ANAK ORANG KAYA.
Why? Sebab tatkala aku gi Billion Shopping Centre kat KB nak cari CD
anime (whoops rrr bocor rahsia), kat depan pintu masuk tu aku ditahan +
ditanya oleh seoarang promoter"Adik ni pelajar sekolah ke?" (Laa... saya
ni pelajar universiti la kak). Dan kat situ la aku kena brainwash untuk
masuk keahlian Argung ni.
Tapi menengokkan bayaran keahliannya RM200+ lebih, amat sukar untuk aku
bayar keahlian program ini, sehinggalah pada suatu hari ketika pihak
mereka call suruh aku bayar, aku menyampaikan hasrat murni aku nak quit
dari program ni, setelah mendapat khidmat nasihat kawan2 aku. Malangnya,
they said, "Tak boleh encik, sebab nama encik dah hantar ke kementerian
dan bla2..." Oh mak, adakah aku telah join perkhidmatan mafia, takleh
berhenti daripada keahlian? Sebab bakpe aku nak quit ni pasal bilnya
amat mencekik duit aku sebagai seorang student yang tak dapat bantuan
pinjaman pelajaran, dan dalam tempoh setengah tahun tu aku tak dapat
bayar langsung sebab kehidupan siswa aku ni yang amatlah perghhhh cekik
duit betul la...
Dan ada perkara yang aku tak puas hati pasal Argung ni. Antaranya:
- TAKE NOTE THIS! Setelah anda join, anda mesti decide dalam masa 14 hari untuk masih nak stay dalam Argung atau tidak sebab selepas 14 hari anda tak boleh quit dari Argung. Masalahnya perkara ni aku tak diberitahu semasa aku mendaftar dan aku baru diberitahu pasal hal ini setengah tahun selepas itu.
- Cara pembayaran di bank tak dijelaskan dengan baik dan mereka tak berikan maklumat mengenai akaun bank mereka untuk pelanggan bayar di bank lain kali semasa pendaftaran (Mereka ingat pelanggan akan buat full payment on th spot. Manalah pelanggan bawak duit cukup2 nak bayar benda ni?
- Pihak Argung tak berikan apa-apa phamplet mahupun dokumen yang memepunyai maklumat secara menyeluruh termasuk perkara yang aku terangkan kat atas. Website mereka jugak kurang maklumat (Mereka banyak cakap pasal kelebihan ahli, itu lah, ini lah, macam2.)
Kiranya sekarang ni aku walaupun suka atau tak suka, aku kena bayar
jugak membership fees tu, dan aku in the middle of payment, so kalau
diaorang tak berpegang pada janji diaorang iaitu "bayar sekali untuk
seumur hidup", aku nak buat report polis mahupun kat Persatuan Pengguna.
So, aku remind sekali lagi kepada korang sekiranya
korang bukan anak orang kaya, tak suka melancong, bukan selalu naik
flight, dan korang studi dalam negeri korang, jangan join keahlian
Argung. Kalau korang bertembung dengan mereka kat supermarket dan
ditahan oleh mereka, cakap "No thanks" atau mana2 ayat sopan yang
boleh. Itu saja saya nak bagitau. Tak semestinya Argung saja, mana2
"vacation club" pun macam tu jugak.
Dan untuk perbincangan mengenai Argung ni, korang boleh baca link kat
bawah, kot2 boleh berikan masa korang untuk join atau tidak. http://mforum.cari.com.myviewthread.php?tid=395863
P/s: Jika korang yang baca post ni adalah staff Argung, I'd say, sorry a
lot and no offense, sir/madam/miss. Saya bukan menghasut pelanggan anda
supaya tinggalkan/tidak menyertai program syarikat anda, cuma
memaklumkan mereka supaya "bijak berbelanja" dan "think before you
spend". lagipun, pelanggan ada hak untuk memilih.
EDIT: Diucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi banyak
maklumat berguna di ruangan Komen. Berikut merupakan satu maklumat
penting yang diberikan oleh salah seorang anonymous:
EDIT2: Ruangan komen ditutup. Sekiranya anda ingin membincangkan mengenai Argung Privileges, tak kira samada positif mahupun negatif, anda dijemput untuk menyertai kelab Anti ARGUNG PRIVILEGES di Facebook.
* Link Facebook tu dah xde mebi terlalu banyak yang terkena dan komplain
*sumber penuh : Gkin Live! Blog (klik sini)
Hingga jumpa lagi, wassalam :::